Pages

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia..

Neelofa Vs Kerabat

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

HIBURAN MINGGU INI

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

Wednesday, 14 May 2014

BONGKAR !!! Kisah Warga Asing Bergaji 'RM5,900' Sebulan di Malaysia


Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu. 

Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu. 

Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini). 

Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900 
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900

Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun. 



sumber : mukagebu.blogspot.com

{INFO MALAYSIA} IKAN SISA NABI


Ikan Sebelah Laut atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknyaPseudorhombus spp. / Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di MALAYSIA

Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Musa a.s. tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut dan dengan kehendak Allah ikan itu hidup semula dan berenang kembali kelautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja dan bukti kewujudannya kekal sehingga kehari ini untuk menjadi iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam...

Perihal ikan ini ada disebutkan di dalam Al-Quran : 
surah al-kahfi ayat 61-mselim3
Maksudnya : "Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. 
(surah al-Kahfi ayat 61)


..Wallahualam..


sumber : mselim3.blogspot

Tuesday, 13 May 2014

Bahaya! Ramai Isteri Tak Sedar "Diperk0 sa' dan Hamil Zuriat JIN



Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur,
 elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam,
 jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi. Jika anda dapati pada
 tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, 
jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperk0 sa jin atau makhluk
 halus tanpa disedarinya.

Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak
 menyedari tubuh mereka telah diperk0 sa jin dan makhluk halus ketika
 tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.
Lihat keratan akhbar di bawah ini.




kredit : http://sehinggit.blogspot.comf

Monday, 12 May 2014

Gambar-Gambar Harta Karun Yang Ditemui di Pulau Nangka Melaka


Harta Karun Pulau Nangka Melaka Bernilai Jutaan Ringgit

Kerja-kerja pencarian harta karun oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd di Pulau Nangka akhirnya membuahkan kejayaan apabila syiling emas pertama ditemui pada pukul 11.15 malam.[01/05/2014]

Kejayaan terbabit disusuli penemuan syiling emas kedua pada pukul 11.30 malam yang dipercayai milik Kerajaan Majapahit berdasarkan tulisan yang terdapat di syiling berkenaan.

Pengarah Urusan syarikat, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said berkata, syiling emas itu ditemui semasa kerja-kerja pengorekan yang dilakukan di salah sebuah lubang yang dipercayai di dalamnya terdapat harta berkenaan.

“Syarikat akan menghubungi PERZIM dan kerajaan negeri untuk memaklumkan hal ini dan memohon untuk meneruskan kerja-kerja penggalian di Pulau Nangka akan dimaklumkan secepat mungkin. Berdasarkan pada imbasan bumi memang ianya terdapat dalam gua tersebut. Insya Allah jika tiada aral melintang
setelah blok batu dikeluarkan serta batuan kecil batu dibersihkan, kita akan dapat masuk ruang kosong tempat menyimpan peti peti harta tersebut,” jelas Mohammad Foad Khushairy.

Katanya, kerja-kerja penebukan siap sepenuhnya malam tadi dan dijangka kerja-kerja mengangkat batu keluar akan dilakukan hari ini bagi membolehkan harta terbabit dibawa keluar.

Mohammad Foad yakin harta itu terdapat di bawah batu terbabit selepas melakukan teknik geoteknikal menggunakan imej imbasan bumi.

Sekurang-kurangnya terdapat lima buah peti besi yang dipercayai mengandungi emas di ruang berkenaan daripada 20 bilik yang terdapat di dalam gua itu.

Katanya, berdasarkan imej imbasan itu, mereka menjangkakan terdapat 96 peti besi yang mengandungi pelbagai syiling emas, emas dan barangan berharga yang dikatakan disembunyikan semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka bagi mengelak diceroboh pihak Portugis terkandung di gua berkenaan.

[ Terkini ] Punca Datuk Ahmad Said letak jawatan MB Terengganu ?





Punca Datuk Ahmad Said letak jawatan Mb Terengganu adalah kerana Jawatan MB Terengganu akan di gantikan dengan penyandang baru - Datuk Seri Ahmad Said hari ini secara rasmi nya meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu dan  keluar dari UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (MERAJUK kot).



Berbagai spekulasi sebelum ini heboh di media masa dan media sosial mengenai pengantian jawatan Menteri Besar, hari ini telah terjawab salah satu nya jawatan Menteri Besar Terengganu akan di gantikan dengan penyandang baru.

Mengimbas kembali mengenai Datuk Ahmad Said semenjak di lantik menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau merupakan seorang pemimpian yang tegas dan lantang menyuarakan pendapat nya merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat amat di senangi oleh rakyat Terengganu.














Hari ini secara rasmi nya rakyat Terengganu akan merasakan kehilangan Datuk Ahmad Said setelah perletakan jawatan nya sebagai Menteri Besar Terengganu, semoga yang berbahagia Datuk meneruskan usahanya membela rakyat Terengganu walaupun tidak lagi memengang jawatan Menteri Besar Terengganu.

Sunday, 11 May 2014

5 Gambar Misteri Kewujudan Naga Di Tanah Melayu



Naga merupakan haiwan yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah fantasi. Namun begitu naga juga dikatakan sejenis haiwan legenda dan didakwa pernah wujud suatu masa dahulu di muka bumi ini. Bagaimanapun setakat ini masih belum terdapat bukti akan kewujuduan naga ini.


Ahli-ahli paleontologi dan kaji sejarah masih belum menemui sebarang bukti bahawa naga pernah mendiami muka bumi ini. Setakat ini yang sering ditemui adalah fosil-fosil dinosaur yang memang pernah wujud di zaman purba.

Mungkinkah naga itu sebenarnya dinosaur yang masih belum pupus sewaktu tamadun manusia mula berkembang? Mungkin dinosaur tersebut disalah anggap sebagai naga oleh manusia pada waktu itu. Cerita mengenai naga pula kemudian ditokok tambah seperti mempunyai sayap dan boleh mengeluarkan api dari mulutnya.


Mengikut ahli sejarah, seorang ahli sejarah China purba bernama Chang Qu pernah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah menemui rangka naga di sebuah tempat bernama Wucheng dalam wilayah Sichuan sekitar tahun 300 Sebelum Masehi. Bagaimanapun penemuan itu ditolak oleh ahli sejarah dan berpendapat bahawa rangka tersebut berkemungkinan besar merupakan fosil dinosaur.


Penemuan naga juga turut dicatatkan oleh dua pengembara yang terkenal iaitu Herodotus dan Marco Polo. Herodotus, pengembara berketurunan Greek yang digelar Bapa Sejarah oleh ahli falsafah Cicero telah menulis di dalam catatannya bahawa beliau telah mengembara ke sebuah tempat bernama Judea sekitar 450 Sebelum Masehi. Beliau telah mendengar cerita dari penduduk tempatan bahawa terdapat seekor naga yang dikurung berhampiran negara Jordan.

Herodotus kemudian melawat ke tempat tersebut dan menjumpai banyak rangka berbentuk ular. Herodotus kemudian mencatatkan bahawa rangka itu adalah seekor ular yang terbang dari Tanah Arab ke Mesir dan telah bertembung dengan burung Ibis lalu mati dibunuh oleh burung tersebut.


Pedagang dan pengembara terkenal dari Venice iaitu Marco Polo pula telah menulis dalam catatannya bahawa beliau pernah diserang dengan makhluk seperti naga yang berterbangan sewaktu ekspedisinya melalui padang pasir di Anatolia untuk menuju ke Persia.


Di Tanah Melayu, Tasik Chini yang terletak di Pahang dikatakan pernah dihuni oleh seekor naga. Misteri tentang kewujudan naga di Tasik Chini masih belum dapat dihuraikan sehingga sekarang.
 
sumber : http://sehinggit.blogspot.com

Rozita Che Wan Maki Hamun Peminat Di Instagram

Pasangan suami isteri yang sering kali dipertikaikan oleh segelintir peminat menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini, Rozita Che Wan dan Zain Saidin sekali lagi mencetuskan kontroversi.

Terbaru, Rozita Che Wan telah berkongsi beberapa keping gambar foto menampakkan dengan jelas warna rambut Zain yang perang hingga mengundang kritikan peminat semalam.

Menerusi komen yang ditulis, ramai yang mengatakan warna tersebut tidak sesuai dengan Zain dan sebagai isteri, Che Ta bertindak mempertahankan suami kesayangannya itu.



Che Ta juga menjelaskan Zain menukar warna rambutnya kerana perlu mengikut karakter Mr. Henry Middleton di dalam drama Oh My English! yang dilakonkannya.

Lain kali jgn sedap mulut nk komen ja… bkn utk awak sorang je tp ramai lagi yg mulut tk tau nak diam! Pelakon kna ikut character! Laki I shuting Oh My English sampai awal thn dpn… so rambut dia akan blonde sampai thn dpn!!!!! Tk payah nk bising lg kt insta ni pasai rambut zain! #tkpayahnksibuklarambutorgcolourapejgrambutsendiritu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online