Pages

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia..

Neelofa Vs Kerabat

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

HIBURAN MINGGU INI

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

Monday, 30 December 2013

[FAKTA] 10 HAIWAN PELIHARAAN TERMAHAL DI DUNIA

10. Blue Mutation Amazon
1.00 USD = RM3.01210
Harga = RM60,242.00

 
Dikala ramai orang berfikir mereka tidak wujud lagi, lelaki yang bernama Howard Voren mendahului segala kajian terhadap haiwan yang jarang ditemui ini. Dia menerima panggilan dari Honduras di mana sepasang binatang tersebut telah dikenalpasti. Dia memperolehi jantan dan betina dan cuba untuk membiakkan pasangan tersebut. Selepas banyak percubaan dia berjaya. Mutasi biru amazon adalah yang paling dikehendaki di dunia selepas burung kakak tua ini membawa hampir USD20,000.00 seekor.


09. Lavender Albino Ball Python
Harga = RM120,484.00

 
Dalam 2003, dua ekor ular 'albino python' di khabarkan telah disenyawa di Afrika. Selepas perbincangan, di mana kedengaran akhirnya pada USD40,000.00, dua 'pyton ' tersebut di perolehi yang juga dikatakan bentuk yang tak baik. Namun selepas penghabitatan semula mereka membiakkan ular tersebut dan mungkin di jual sekitar USD20,000.00 dalam musim panas.

08. Bengal Cat
Harga = RM126,508.00

 
Kucing Bengal biasanya dijual dalam USD800-USD1500 dalam 'ballpark' dan biasanya dijual di London, England tahun 1998. Generasi kedua kucing ini dijual dengan harga USD42,000.00 kepada seorang wanita yang tidak diketahui. Harga tinggi yang luarbiasa untuk keturunan kucing ini datang daripada garis darah pembiakan. Persatuan Pencinta Kucing, organisasi tertua dan dihormati, tidak dapat memastikan pembiakkan berpunca dari "non-domestik" datang dari alurdarah kucing Savanah.


07. Chimpanzee
Harga = RM165,665.50

  

Memang sukar dinafikan yang anak Chimpanzi bukanlah binatang peliharaan yang comel, tetapi begitu juga bila ia membesar. Berat purata chimpanzi adalah sekitar 150-250 paun da 10 kali lebih kuat dari purata lelaki. Walaupun banyak insiden yang terjadi sejak akhir ini namun ramai orang masih membeli anak binatang ini yang diaggarkan sekitar USD50,000.00-USD75,000.00.


06. Stag Beetle
Harga = RM268,076.90

  

Stag Beetle adalah salah satu daripada 1200 serangga dalam keluarga Lucanidae diketahui melalui darah rahang cangkuk (tanduk yang keluar dari kepalanya). Dengan panjang purata Stag Beetle sekitar 2-3 inci, tetapi satu pernah dibeli dari peruncit melebihi 3 inci panjang. Penternak kumbang Jepun telah di bayar USD89,000.00 segera untuk serangga yang jarang di jumpai ini.

05. White Lion Cub
Harga = RM415,669.80

  
Waktu anak binatang ini mungkin kelihatan sesuatu yang akan mendakap anak yang beumur 3 tahun anda, anak binatang ini bertukar menjadi naga dengan memakan 300 paun daging. Singa putih bukanla sub spesis singa Afrika, namun kepincangan tugas genetik telah menyebabkan mereka semua menjadi putih. Di Afrika Selatan,di mana kebanyakan dari 400 ekor boleh di jumpa, mereka telah menerima binatang yang jarang dan cantik untuk dimiliki.

04. Sir Lancelot Encore
Harga = RM466,875.50





  
Selepas Edgar dan Nina Otto hilang anjing kesayangan mereka Lancelot pada 2008, pasangan Florida itu telah mendapat Lancelot mereka balik hanya setahun kemudian. Lancelot Encore dicipta dari DNA yang sama dari anjing Lancelot kesayangan mereka. Pasangan ini telah memenangi pengklonan-anjing di lelongan Bio-Art di San Francisco dengan tanda harga yang memberansangkan USD155,000.00.

03. Tibetan Mastiff
Harga = RM1,753,042.20


  
Memegang rekod untuk anjing paling mahal yang pernah di beli, 'Yangtze River Number Two' ialah anjing besar hitam yang mana kalau berdiri hampir 31 inci tinggi. Anjing tersebut telah dibeli oleh jutawan muda yang dikenali sebagai Mr.Wang. Waktu dibeli pada umur 18 bulan, 'mastiff' hitam ini tiba dengan gaya, iaitu mendekati rumahnya dengan perarakan 30 buah kereta.

02. Missy

Harga = RM3,614,520.00






   
Missy adalah Lembu Holsten yang berwarna hitam putih dan berumur 3 tahun. Dia pada waktu ini mmgang rekod untuk lembu yang paling mahal pernah dijual di pasaran. Memenangi gelaran Grand Champion 2009 di Western Fall National Show dan merupakan lembu terbaik dipamerkan di Amerika Utara dan membuatkan lembu betina ini sasaran untuk pembeli. Missy dijual pada USD1.2 juta di Ontario, Kanada pada 11 November 2009.

01. Green Monkey

Harga = RM48,193,600.00





    

The Green Monkey' telah dibeli sebagai 2 tahun kuda lumba di Calder Race Course oleh Demi O'Byrne. Sebagai keturunan pemenang 2 kali Kentucky Derby, pemenang bidaan lelong berharap tinggi pada kuda muda ini namun 'Green Monkey' tidak pernah menang perlumbaan. Kuda 16 juta ini sekarang sebagai kuda sewa dengan hanya USD5,000.00 da telah bersara dari berlumba selepas berada di tempat terburuk perlumbaan.

[HIJRAH] Belum Muslim, Jilbab Membebaskan Model Playboy Asal Malaysia









KUALA LUMPUR -- Meskipun sejauh Felixia Yeap belum lagi memeluk agama Islam, namun ia sudah mulai melepaskan diri dari pekerjaan yang biasa menyorot kemolekan tubuhnya sebagai sasaran kamera.

“Saya berencana mengurangi pose-pose semacam itu dan mencoba sekuat mungkin untuk menghindarinya. Sekarang saya hanya mengabulkan sekitar 30 persen dari permintaan (modeling) yang saya dapatkan,” katanya.

Saat pertama kali Felixia Yeap (26 tahun) menerima tawaran untuk menjalani sesi pemotretan dengan mengenakan jilbab, ia merasakan ada yang baru dalam hidupnya. Itu suatu pengalaman jiwa yang belum pernah ia rasakan sebelumnya.

“Saya merasakan perlindungan, kebahagiaan, dan keselamatan saat mengenakan jilbab,” kata Yeap, seorang model asal Malaysia, seperti dikutip dari onislam.net, Sabtu (14/12).

Yeap bukan seorang Muslimah. Setelah mengambil karir modeling sejak 2011, ia biasa tampil dengan pose menantang di majalah Playboy Filipina. Selama dua tahun itu pula, hatinya kerap meratap lantaran merasa tubuhnya hanya dijadikan pemuas mata lelaki hidung belang.

“Aku hancur dari waktu ke waktu. Aku bangkit hanya untuk runtuh lagi,” ujarnya kepada Malaysia Star. Namun, semuanya berubah ketika ia menerima tawaran untuk menjadi model dalam sebuah parade jilbab untuk komersial, beberapa bulan lalu. Saat itulah, kata Yeap lagi, dirinya merasa ‘dibebaskan’.

Sekarang, dia merasa aman, bahagia, dan dilindungi setiap kali mengenakan jilbab. Islam sendiri sesungguhnya melihat jilbab sebagai bagian dari kewajiban berpakaian layak bagi para wanita, bukan simbol agama yang menampilkan afiliasi seseorang.

Sayangnya, status perempuan dalam Islam sering menjadi sasaran serangan di media sekular. Banyak di antara mereka yang menuding busana Muslimah sebagai contoh rendahnya posisi perempuan di bawah syariat Islam.

Akan tetapi, fakta berkata lain. Sejak 1400 tahun yang lalu, agama ini telah mengakui hak-hak perempuan dengan cara memberikan mereka kehormatan dan perlindungan secara maksimal. (rol/onislam)


[GEMPAK] Wajah Bintang Porno Sebelum dan Selepas Makeup

Tidak boleh disembunyi, industri film porno memang memiliki peminatnya yg tersendiri. Entah bagaimana cara mereka mendapatkannya, penggemar film dewasa ini pasti boleh mendapatkan koleksi ini dengan cukup mudah.
Nah, lantas bagaimana dengan kehidupan para artis porno tersebut? walaupun tidak memiliki bentuk tubuh super istimewa, namun para pelaku film atau video porno ini hanyalah manusia biasa. Tak percaya? Cuba lihat artis porno berikut ini. Jika biasanya kita melihat mereka tanpa pakaian, kini lihatlah mereka tanpa make up. Apakah masih cantik dan menarik perhatian? Dengan makeup artist Melissa Murphy, lihatlah perubahannya!

1. Samantha Saint






2. Alana Croft



3. Chanel Preston





4. Ava Adams





5. Liz Ashley




6. Lola Foxx





7. Madison Ivy





8. Nikki Delano




9. Penny Pax




10. Peru



[MISTERI] Bangkai Burung misteri di Temui


Adakah burung yang memiliki baris gigi di mulutnya? Setahu kita mmgmustahil. Tetapi, seekor bangkai burung misteri yang bergigi dilaporkan telah ditemukan di kota Meshginsharhr di barat laut propinsi Ardebil, Iran.

Para penduduk tempatan menemui bangkai burung tersebut pada hari 8 Mei 2011. Burung itu terlihat seperti baru mati beberapa hari karena sisa-sisa bulunya masih terlihat dengan jelas. Demikian dilaporkan di berita IRNA.

 
Sebuah kumpulan kecil dari organisasi perlindungan lingkungan Iran (EPO) segera dihantar ke wilayah itu untuk menyelidiki kebenaran berita tersebut.

Salah seorang penduduk dilaporkan telah menyembunyikan bangkai itu dan kumpulan dari EPO sedang berusaha menemukannya. Walaupun belum menemukannya, kumpulan itu berhasil mendapatkan foto bangkai tersebut dari penduduk tempatan.

kumpulan itu juga mendapatkan laporan dari para penduduk tempatan yang menyatakan burung itu menduduki gua berdekatan desa mereka.

Bangkai misteri itu memiliki tengkorak seperti anjing dengan gigi taring yang besar. Namun tubuhnya terlihat seperti seekor burung yang tidak boleh terbang. Para peneliti mengatakan kalau bangkai itu tidak sesuai dengan spesies burung yang dikenal. Jadi, penelitian lebih lanjut akan segera dilakukan dan pengenalpastian dari ornitologist akan segera diminta.


Tengkorak seekor anjing
Di bawah ini adalah cuplikan mengenai penemuan bangkai itu dari media setempat. Saya tidak mengerti bahasa yang digunakan oleh reporternya, tetapi, jika melihat cuplikan gambarnya, sepertinya bangkai burung yang disembunyikan tersebut telah berhasil ditemukan kembali. Kali ini mungkin para peneliti dapat mulai bekerja untuk menentukan keasliannya.

Ini screenshot dari bangkai yang telah ditemukan:

 
Akan sangat menarik jika di kemudian hari burung tersebut terbukti bukan sebagai rekayasa. Itu artinya kita akan memiliki burung bergigi untuk pertama kalinya

[POLITIK] TUN DR. MAHATHIR " kurangkan kos, bukan naik harga"


Dr Mahathir menyeru Putrajaya beri perhatian serius kepada laporan audit negara mengenai pembaziran kerajaan. - Gambar The Malaysian Insider, 26 Disember, 2013.



Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran. “Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan. “Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.


Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan. “Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau. Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya. Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan. "Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak," katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu. "Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya. Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya. Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru. “Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya. Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial. – 26 Disember, 2013.


Sunday, 29 December 2013

[GEMPAK] Fenomena Laut Terbelah Dua Di Korea


APA saja yang disebut sebagai keajaiban memang tidak pernah gagal menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila kisah di sebaliknya sukar dijelaskan. Malah, banyak sebenarnya fenomena menakjubkan berlaku di dunia ini yang kurang diketahui ramai biarpun berlaku hampir saban tahun.

Salah satu fenomena yang tidak kurang menariknya adalah kejadian laut terbelah yang berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.

Bayangkan dalam tempoh sejam, anda dapat menyaksikan kekuasaan Ilahi apabila lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.

Kejadian itu pasti mengingatkan kita terhadap kisah Nabi Musa yang ‘membelah laut’ bagi membawa pengikutnya yang taat kepada Allah SWT melarikan diri daripada kekejaman Firaun.

Namun, kejadian moden belahan laut di Jindo itu lain ceritanya yang berkait rapat dengan faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.

Ini menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.

Malah Pesta Laut Terbelah Jindo ini selalunya diadakan tiga kali setahun iaitu pada Mac atau Mei serta Julai. Bagaimanapun, sambutan luar biasa pelancong tempatan dan asing yang mencecah 400,000 orang membanjiri pesta itu menyebabkan pihak berkuasa memutuskan untuk turut meraikan pesta berkenaan pada April.

Acara itu juga membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman di laut dan menyaksikan pemandangan unik serta budaya Jindo. Pesta itu diserikan dengan lagu rakyat Jindo dan tarian khas Korea, Ganggangsullae, turut dipersembahkan. Tarikan lain sepanjang pesta itu termasuk pertunjukan bunga api, pertunjukan laser, persembahan muzik tradisional serta permainan dram.

Bagi mendapatkan pemandangan paling menarik laut terbelah dan membentuk laluan, orang ramai boleh menikmatinya sama ada dengan memanjat bukit atau berjalan-jalan sendiri di laluan itu.

Malah, siapa yang mahu melepaskan peluang melihat detik-detik keajaiban dan tidak hairanlah sebaik lautan itu terbelah, orang ramai berpusu-pusu melintasi laluan itu dan meraikan rakan dari arah bertentangan berikutan penyatuan daratan kepulauan Jindo dan Modo. Tidak kurang pula yang mengambil kesempatan mencari tiram, rumpai dan hasil lautan lain.

“Inilah keajaiban yang tidak mungkin disaksikan di tempat lain. Dalam sekelip mata, laut terbelah dan mendedahkan dasarnya. Tiada perkataan dapat menggambarkan ketakjuban melihat hidupan laut seperti kerang, kepah dan hidupan marin yang sebelum ini hidup di dasarnya, tiba-tiba timbul,” kata pelancong tempatan, Cho Eun-Jun yang dipetik media tempatan, baru-baru ini.

Hakikatnya, tidak ramai yang tahu mengenai kewujudan fenomena itu sehinggalah pada 1975, apabila seorang duta Perancis ketika itu, Pierre Randi, melawat Korea Selatan dan menulis mengenainya dalam sebuah akhbar negaranya.

Namun, seperti juga banyak kejadian aneh lain, ada kisah atau kepercayaan rakyat tempatan di sebalik fenomena itu. Ia dikaitkan dengan sebuah kampung di Jindo yang diserang harimau yang menyebabkan penduduk berlari ke pulau Modo untuk berlindung. Malangnya, seorang wanita tua, Pong, yang tidak berdaya tertinggal. Dalam keadaan serba tersedak dia memohon bantuan Dewa Laut, yang kemudian memisahkan laut dan membantu wanita malang itu lari daripada haiwan liar berkenaan.

Apabila laut itu terbelah, ramai penduduk yang berlari ke Modo, memainkan gong dalam usaha mereka mencari wanita berkenaan. Dia, bagaimanapun meninggal dunia tetapi sebelum mati, wanita berkenaan sempat membisikkan: “Doaku dimakbulkan. Laluan laut terbuka dan aku dapat melihat kamu semua. Kini, harapanku sudah terlaksana. Aku boleh meninggal dengan tenang.”

Nama asal daerah itu, Hodong, kemudian ditukar kepada Hoedong, bermakna ‘Kampung Orang yang Kembali’, bagi mengingati kisah Pong.

Selain di Korea, kejadian itu turut dipopularkan di Jepun, selepas penyanyi wanitanya, Dendo Yomishi, menghasilkan lagu fenomena Jindo itu pada 1996.

Kisah Nabi Musa belah samudera

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda.

Kekejaman Firaun yang mengaku dirinya Tuhan sudah sampai di kemuncak, menyebabkan Nabi Musa membawa pengikutnya lari untuk mengelak daripada diseksa.
Pelarian membawa mereka ke tepi Laut Merah. Sekali pandang, Nabi Musa dan pengikut baginda bakal menjadi habuan kebuasan Firaun kerana terperangkap - di depan laut dan di belakang pula tentera Firaun semakin mendekati.

Namun Allah SWT mempunyai perancangan tersendiri untuk menyelamatkan Rasul serta makhluk-Nya yang beriman. Allah mengarahkan Nabi Musa mengetuk tongkat baginda, yang sebelum itu berjaya membuatkan ahli sihir Firaun ketakutan selepas menjelma menjadi ular besar menelan semua ular yang dijelmakan ahli sihir berkenaan, ke laut.

Dengan izin-Nya, Laut Merah itu terbelah dua, menyediakan laluan untuk Nabi Musa dan pengikut baginda menyeberang dengan selamat.

Firaun dan bala tenteranya yang ghairah mahu membunuh Nabi Musa dan pengikut baginda akhirnya masuk ke dalam perangkap maut apabila laut kembali bersatu sebaik mereka berada di tengah-tengah dan selepas Nabi Musa dan pengikut baginda sudah selamat tiba di tebing.

Bukti kejadian itu diungkap oleh seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, yang mendakwa menemui beberapa roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Katanya, ia mungkin sebahagian sisa kenderaan perang tentera Firaun yang tenggelam ketika mengejar Nabi Musa.

Katanya, selain roda kenderaan perang berkuda, Wyatt bersama pasukannya turut menemui tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama. Penemuan itu mengukuhkan dakwaan ia adalah sisa tulang tentera Firaun apatah lagi hasil kajian yang dilakukan di Universiti Stockholm ke atas tulang berkenaan mengesahkan ia berusia sekitar 3,500 tahun, sama waktu kejadian Nabi Musa membelah Laut Merah berlaku.

Apapun, kedua-dua kejadian itu berlaku atas kehendak Allah SWT yang cuma mengarahkan laut terbelah mengikut jadual, dan itulah yang akan terjadi.

Sumber: BeritaHarian

[GEMPAK] Menu Ikan Pirana Goreng Di Jepun


piranha 

Menu ikan pirana goreng pelik bunyinya, adakah ikan pirana boleh dimakan? Menu ikan pirana goreng ini hanya boleh didapati di Nara Kenko Land, Jepun. Sudah diketahui bahawa, ikan pirana adalah ikan yang ganas dan menakutkan. Ada juga orang yang mahu makan ikan yang menakutkan ini. Jom lihat gambar hidangan ikan pirana goreng.

















Friday, 27 December 2013

[GEMPAR] China Bina KOTA AIS




SEBUAH kren turut digunakan untuk membina kota salji dan ais tersebut.
Heilongjiang, timur laut China – Seramai 10,000 pekerja di China membina sebuah kota ais bersama berpuluh-puluh arca gergasi sempena Festival Ais dan Salji Harbin ke-30, lapor pihak penganjur semalam.

Acara itu akan membuka tirai pada 5 Januari depan. Kota dan arca-arca berkenaan dibina menggunakan bongkah ais seluas 180,000 meter persegi dan salji berkeluasan 150,000 meter persegi.
Ketika ini, kerja pembinaan sedang giat dilakukan untuk menyiapkan infrastruktur tersebut. Festival itu akan diadakan di wilayah Heilongjiang. Pekerja-pekerja memotong permukaan Sungai Songhua di sini untuk mengambil bongkah-bongkah ais yang diperlukan untuk membina kota dan arca tersebut.
Setiap bongkah ais yang dipotong mempunyai berat mencecah 250 kilogram. Ketulan ais itu kemudian akan diukir menjadi sebuah arca yang cantik. – Agensi

[PANAS] Rahsia Kulit Putih Adira Terbongkar!


adira
  
Selepas menerima pelbagai spekulasi berkaitan perubahan pada kulitnya, Adira tanpa berselindung berkongsi rahsianya dengan melancarkan produk pemutihan kulit yang dikenali sebagai Adira Beauty Signature iaitu produk yang dihasilkan dengan menggunakan fomulanya sendiri.
Menurut Adira, produk ini mengandungi Japan Glutathione, Fruit Extract, Jojoba Oil, Essential Oil dan Vitamin C yang bertindak membersihkan kulit dan membuang minyak berlebihan.

Dalam pada itu, sempena pelancaran produknya ini, Adira memberi peluang kepada 100 pelanggan pertama yang bertuah untuk menggunakan produk ini dan membuat testimoni. Mereka berpeluang untuk menikmati makan malam bersama Adira sendiri pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Momen Menarik Percutian Eja & Keluarga Di Amerika



Oleh:Editorial MH
Tarikh: 27 Disember 2013

Ketika ramai selebriti memilih benua Eropah sebagai destinasi percutian hujung tahun mereka, pelakon Eja pula telah memilih Amerika Syarikat sebagai destinasi pilihannya sekeluarga.

Menerusi foto-foto yang dikongsi di akuan Instagramnya, Eja kini sedang menikmati percutian musim sejuk di Lake Tahoe, Nevada. Jelas terpancar rasa teruja di wajah anak kesayangannya, Nur Eishal yang berpeluang untuk bermain salji.

Jom saksikan saat-saat indah Eja bersama keluarga ketika bercuti seperti yang dikongsikan bersama peminatnya.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online