[BERITA] Hati-Hati Bila Berkongsi Status Di Facebook | Fitnah Najis, Video Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey | Gara-gara hanya kongsi satu status di facebook, ia tersebar menjadi fitnah. Itulah kan, berstatus tanpa berfikir buruk baik. kalau hanya melibatkan diri sendiri tak apa la kan , kalau melibatkan orang lain memang naya la. Begitulah hal yang menimpa nasib wanita yang dikatatakan menyebar berita tentangPenggunaan Najis Manusia dalam penyediaan makanan Restoran Nasi Vanggey Green Town Ipoh.
Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, beliau sebenarnya tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey menerusi Facebook sehingga tersebar di internet secara meluas.
Menurut Ze Aida, "kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran berkenaan tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkannya secara meluas menerusi telefon dan internet" .
Ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial termasuk wa, agar lebih berhati-hati apabila meletakkan atau berkongsi sesuatu supaya tidak timbul masalah di kemudian hari seperti apa yang berlaku keatas Ze Aida.
0 comments:
Post a Comment