Pages

Thursday, 6 November 2014

MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI GURUN, KEDAH


Gurun – Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat
melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke 
Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. 

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa 
anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang 
dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan 
beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos 
minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam 
lingkungan RM60 sahaja” katanya.

Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis 
cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar 
dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ yang
kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar 
di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan 
sewaktumereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 
28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada
Sesiapadilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya
kabur dan berambut panjang.

“Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,” ujarnya. 
Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang 
dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan
isterinya. 

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan 
iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang 
kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu 
diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari 
lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. 
Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang 
cedera parah pada 5 Februari 2009.

Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila 
kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai
Petani pada 19 April 2009.

Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan
cuba mengelak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintasi lebuh raya itu.

HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT 

5 Februari 2009, Sungai Petani – Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita 
berke baya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya
terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai
Lalang di sini kelmarin. 

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil
miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan,
51 tahun, Kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman 
Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai 
dan saya pun menaikkan cermin tingkap.

Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di 
kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga
menampak betis sambiltersenyum memandang saya ”

PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH

19 April 2009, Sungai Petani – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan
hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera 
ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan 
Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 
42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam 
perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. 

Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri 
berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya 
di Bagan Ajam.“Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek l
ori sambil mengatakanada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan 
di Kilometer 105.8,Lebuh Raya Utara-Selatan.

Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan 
menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari 
ketinggian10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman 
Keladi,”dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

p/s: mane orang2 kedah? wujud ke ada cerita wanita berkebaya merah ni?


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online