Sekeping foto memaparkan sebuah kubur yang dipagari kurungan besi berwarna hijau yang disebarkan melalui pesanan aplikasi Whatsapp mencetuskan persoalan kenapa ia dilakukan begitu.
Ramai yang terasa janggal kerana jarang dapat dilihat kurungan besi menghiasi mana-mana pusara.
Untuk pengesahan, Admin menghubungi rakan yang yang tinggal di Kg Pulau Melaka dan dimaklumkan kubur tersebut merupakan tempat bersemadinya bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia awal bulan lepas kerana penyakit kanser prostat.
Menurut maklumat yang diterima, ahli keluarga Allahyarham dikatakan membuat kurungan besi itu bertujuan untuk mengelakkan orang ramai terjebak dengan kegiatan khurafat misalnya mengambil tanah kuburan untuk tujuan tertentu.
Terdahulu anak lelaki Alahyarham iaitu Nik Muhammad Abduh pernah menegur tindakan segelintir pihak yang mengambil tanah pusara ayahnya konon untuk mendapatkan berkat.
Beliau menggesa perbuatan tersebut dihentikan segera kerana bercanggah dengan ajaran Islam.
0 comments:
Post a Comment