Pages

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia..

Neelofa Vs Kerabat

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

HIBURAN MINGGU INI

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

Showing posts with label art. Show all posts
Showing posts with label art. Show all posts

Monday, 10 November 2014

28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda


PERSANDINGAN


28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda | Majlis istiadat diraja persandingan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Che Puan Khaleeda bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris

Majlis diikuti pila dengan keberangkatan masuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom.

Selepas itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dilihat melangkah masuk ke dalam dewan diikuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Antara barisan kehormat yang turut memeriahkan majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Di kesempatan ini, Katak Comel ingin mengucapkan jutaan tahniah buat TMJ dan isterinya dan mendoakan agar perkahwinan mereka ini kekal hingga ke jannah. Luaskan Kuasamu!

Apa pun, mari kita terjah beberapa gambar majlis istiadat Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Selamat berhujung minggu dan ong gedek gedek

















































































Tuesday, 28 October 2014

Pasangan Kantoi Memadu Asmara Dalam Kereta




KULIM : Sepasang kekasih berusia 40 dan 50-an ditahan ketika leka memadu asmara di dalam kereta di perkarangan bangunan tinggal di Kilang Sagu dekat sini, kira-kira jam 3.15 pagi kelmarin.

Sebelum itu, pasangan berkenaan yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan setelah kereta dinaiki mereka memasuki jalan mati.

Ketika siasatan dijalankan, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita memaklumkan dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak manakala kekasihnya juga sudah beristeri dan mempunyai lima anak.

Semasa ditahan, kedua-dua pasangan kekasih itu menafikan perbuatan mereka sehinggalah polis mendapati zip seluar lelaki serta butang seluarnya terbuka manakala beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui di atas lantai bahagian pemandu.

Wanita berkenaan memaklumkan dia terpaksa mencari hiburan di luar kerana suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori enggan melayani nafsunya kerana beralasan dia sudah berusia.

Bagaimanapun setelah berkenalan dengan kekasihnya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, mereka sering berdua-duaan di sekitar kawasan gelap terutama di belakang bangunan tinggal untuk berjumpa dan melakukan hubungan seks kerana tidak mampu menyewa bilik di hotel atau rumah tumpangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan kawasan bangunan tinggal dan lokasi tersorok untuk mereka melakukan aktiviti tidak sihat kerana ia boleh mengundang kepada kejadian jenayah seperti samun dan sebagainya.

“Dari pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pasangan lelaki mempunyai rekod jenayah lampau dan pernah disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 1982,” katanya. – Sinar Harian

Thursday, 25 September 2014

Menarik.. Ibu Kanak-kanak Ini Ubah Contengan Anaknya Menjadi Lukisan Yang Cantik...




Pada peringkat umur 1-3 tahun, kanak-kank sering didedahkan dengan pensil warna, alat tulis untuk memharikan mereka dengan alatan tulis tersebut. Pada peringkat umur itu juga kanak-kanak belum kemampuan untuk melukis atau menulis sesuatu bentuk atau tulis lukisan dan mereka lebih melakukan contengan.

Siapa yang menyangka contengan oleh seorang kanak-kanak kecil boleh menjadi lukisan artistik? Itulah yang dilakukan Ruth Oosterman terhadap hasil lukisan anaknya berusia 2 tahun. 

Hobi kreatif Ruth tersebut bermula saat anak perempuannya, Eve, mencari pen milik si ibu dan selalu menggunakannya. Agar sesuai dengan dakwat pen itu akhirnya Ruth menggunakan cat air sehingga hasilnya seperti kaligrafi. "Dakwatya lebih mudah menyatu dengan warna yang ku pakai dan menambah ketebalan," katanya. 

Sejak itu akhirnya Ruth dan Eve "bekerjasama" dalam menghasilkan karya seni mengagumkan. Eve akan menggunakan pen dengan dakwat hitam untuk mencoret sesukanya lalu diambil alih oleh ibunya untuk diwarnai dan disempurnakan. Baginya, bersama Eve membuatnya semakin kreatif dan merasakan lagi dunia kanak-kanak yang spontan. 

"Eve suka sekali boleh memilih gambarnya dan membantu saya memilih warna yang sesuai," kata Ruth. "Suatu waktu ia pernah melihat rakaman video kami mengerjakan lukisan dan ia menontonnya berulang-ulang." 

"Dengan semakin beranjak dewasa kita menganalisa segala sesuatu dan tidak lagi bebas," katanya lagi. "Kerana itu aku melukis dengan cepat gambar yang dipilih Eve. Semua yang saya kerjakan selesai 30-60 minit sehingga aku tidak akan sempat berfikir dua kali untuk membuat pilihan lain."








Sumber daripada Dairishare.blogspot.com

Tuesday, 9 September 2014

12 GAMBAR MENARIK GABUNGAN FILEM TERNAMA DAN LOKASI PENGGAMBARAN MEREKA



FILMography ialah projek seni yang dijayakan oleh Christopher Maroney yang menggabungkan lokasi penggambaran filem dengan babak dari filem itu sendiri. Kalau nak tengok lebih banyak lagi gambar dari siri ini sila ke laman FILMography.

Agak menarik dan kretif yer dak..?? 
 


 
 

Tuesday, 28 January 2014

Making of IRON MAN 3 by Scanline VFX



Making of IRON MAN 3 by Scanline VFX

Iron Man 3 Vfx Shot Breakdowns by Scanline VFX, A look at Scanline VFX’s House Attack Sequence in IRON MAN 3.
The film has garnered multiple nominations this awards season, including Academy Award, BAFTA and Visual Effects Society Award nominations.

Scanline VFX is a visual effects company with offices in Los Angeles, Vancouver and Munich. The company is well known for its proprietary, in-house fluid effects software Flowline, which is used in various fluid effects like water and fire.



 
 

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online