Pejam celik pejam celik, anak sulung Fasha Sandha dan Jejai iaitu Putra Rayfal telah pun berusia setahun. Cepat sungguh masa berlalu. Majlis sambutan hari jadi cahaya mata suami isteri ini telah pun diadakan baru-baru ini. Terserlah kemeriahannya. Antara tetamu yang hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K.
Tidak lama lagi, Putra Rayfal bakal bergelar seorang abang. Seperti yang kita tahu, Fasha Sandha kini sedang hamil anak kedua. Kehamilannya baru sahaja mencecah 3 bulan. Menerusi akaun Instagramnya, Fasha telah berkongsi gambar “scan” anak keduanya. Semoga membesar dengan sihat sehingga hari kelahiran kelak.
Selamat hari jadi diucapkan kepada Putra Rayfal. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya. Beberapa lagi gambar sekitar sambutan hari jadi Rayfal dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fasha Sandha.
Sumner: beautifulNara
0 comments:
Post a Comment