Pages

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia..

Neelofa Vs Kerabat

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

HIBURAN MINGGU INI

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

Sunday, 30 November 2014

GEMPAR Pesawat MH370 Terdampar Di Sumatera

GEMPAR Pesawat MH370 Terdampar Di Sumatera | Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley mendakwa serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka terdampar di kawasan pantai setelah dibadai ombak dan kemungkinan besar terdampar berhampiran pantai Sumatera...


Sekadar gambar hiasan
Laman web Mirror.Uk memetik Foley sebagai berkata, beliau percaya serpihan pesawat itu daripada jenis Boeing 777 akan bergerak ditolak ombak ke Indonesia dan jika perkara itu benar, segala misteri tentang kehilangan pesawat itu bakal terjawab... “Sesuatu (daripada pesawat MH370) pasti akan terdampar di kawasan pantai dan kemungkinan besar di kawasan pantai di Sumatera. 

Kami dimaklumkan banyak orang telah menemui objek pelik di kawasan pantai dan menyerahkannya kepada polis tempatan... “Kami kemudian menyerahkan objek berkenaan kepada Boeing untuk dikenal pasti, namun sehingga kini tiada sebarang berita positif diterima tentang pesawat itu. Objek yang berada di laut mengambil masa lama untuk terdampar di pantai setelah dibadai ombak,” jelas Foley... 

Kata Foley, dua buah kapal masih menjalankan kerja-kerja mencari pesawat MH370 di dua buah kawasan yang telah dikenal pasti, menggunakan peralatan pengimbas sonar... Jelasnya, 40 orang krew bekerja di atas kapal berkenaan 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan usaha mencari dapat dijalankan dengan lancar... “Ada kalanya cuaca di laut begitu buruk, tetapi kami percaya kami akan mendapat jawapan misteri tentang kehilangan (MH370) ini. Penting untuk semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku kepada pesawat tersebut,” ujar Foley... 


Kehilangan pesawat MH370 hampir memasuki sembilan bulan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal...via utusan online.

Ajal dihimpit ke tiang




Melaka: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada tiang konkrit apabila menghidupkan sebuah van dari luar di perkarangan lobi bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di sini, petang semalam.



Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu Norazam Abd Razak, 41, berdiri di luar pintu van dan dikatakan cuba menghidupkan enjin kenderaan berkenaan dari luar apabila ia melonjak ke depan.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, mangsa dipercayai tidak tahu gear van itu tidak berada dalam keadaan neutral.


"Ia mengakibatkan kenderaan berkenaan berganjak ke depan dan mangsa tersepit antara pintu van dengan tiang konkrit berkenaan.


"Mangsa yang cedera di dada meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Thursday, 27 November 2014

Amukan Pontianak Bila Kain Batik Hitamnya Dibakar


1

Amukan Pontianak Bila Kain Batik Hitamnya Di Bakar


Akhirnya Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.
Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.
Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.
Pengamal perubatan tersebut menjelaskan kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik penunggu itu.
“Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.
“Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu sebelum menyidai kain tersebut di ampaian,” katanya.
“Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.
“Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” tambahnya lagi.
Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.
Makhluk halus tersebut mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.
Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.
Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.
Selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.
Untuk mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.
“Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.
“Keadaan mula menjadi agak kronik apabila lembaga tersebut mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta,” ujarnya lagi.
Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.
“Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.
Lembaga tersebut masih berkeliaran di kawasan hutan berhampiran dengan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.
“Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung,” katanya.
Sebelum ini ada pemberita melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.

Awal Ashaari Kesal dengan Stesen TV

Awal Ashaari kesal apabila stesen televisyen di negara ini dilihat lebih cenderung memilih pelawak sebagai pengacara dengan menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua.


info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, awal ashaari, isu pengacara,

Awal, 33, berkata, stesen televisyen seharusnya faham peranan pelawak dan pengacara serius sepertinya sebelum menawarkan peluang mengendalikan sesebuah program.

“Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

“Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

“Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal,” ujarnya kepada mStar Online.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan pengacara-pengacara baharu daripada golongan pelawak yang sering mendapat peluang mengacarakan acara-acara besar dan berprestij di stesen televisyen.

Secara tidak langsung kata Awal, perkara tersebut bakal membunuh industri pengacaraan khususnya pengacara-pengacara serius yang mencari makan dalam bidang penyiaran.

Awal juga mengakui skop kerjayanya semakin mengecil apabila terpaksa bersaing dengan pelawak-pelawak baharu yang diangkat menjadi pengacara.

“Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

“Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah,” katanya.

Dalam pada itu, Awal berkata, kebanyakan pelawak mempunyai pakej tertentu membuatkan mereka lebih mendapat pilihan dalam mengendalikan sebuah majlis.

Katanya, perkara tersebut juga membuatkan dia sering ditanya sama ada mempunyai pakej yang sama seperti yang diberi oleh pelawak.

“Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

“Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis,” keluhnya.

Sumber : mStar.com.my

Monday, 24 November 2014

Pelik! Bayi Ini Dilahirkan Mempunyai 4 Tangan 4 Kaki Dianggap Jelmaan Dewa.

Kelahiran bayi yang tidak normal atau mempunyai kelebihan anggota badan sering kali terjadi didunia ini. Ada banyak ibu yang telah melahirkan  bayi dengan keadaan yang tidak normal.

Salah satunya adalah bayi yang dilahirkan di India Timur ini yang mempunyai anggota badan yang lebih iaitu lapan anggota badan.

Bayi aneh ini mempunyai empat tangan dan juga empat kaki, di mana dua tangan dan dua kakinya berada dibahagian perut bayi tersebut.

Pada awalnya, kelahiran bayi pelik ini dianggap sangat aneh dan bahkan membuat penduduk tempatan menjadi heboh. Namun, setelah dilihat lebih dekat lagi dan diperhatikan lebih teliti lagi ternyata bayi tersebut sangat mirip dengan Dewa Hindu.

Penduduk tempatan disana kemudian terus mempercayai bahawa bayi tersebut merupakan penjelmaan Dewa Hindu.

Bayi lelaki tersebut dipercayai sebagai penjelmaan Dewa dan dianggap sangat suci oleh penduduk India Timur.

Adik-beradik yang membantu ibu melahirkan bayi tersebut mengatakan bahawa bayi tersebut merupakan bayi yang sangat aneh. Namun, ia kemudian berubah fikiran dan menganggap bahawa bayi tersebut merupakan tanda kebesaran Tuhan.

Perkara ini membuat banyak penduduk ingin melihatnya dengan jelas dan lebih dekat. Sehingga ramai anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal keadaan di sekitar rumah bayi yang lahir ini.

Sunday, 23 November 2014

Indonesia Dikejutkan Dakwaan Lelaki Muncul Dari Zaman Masa Depan Tahun 2035

Kalau orang yang lahir pada tarikh 29 Februari sudah dikira ‘asing’, kami tidak pasti bagaimana mahu melabelkan lelaki ini dengan gelaran apa apabila dia sendiri mengakui bahawa dia lahir pada tanggal 21 Mei 2016.

Tidak, saya tidak melakukan sebarang typo. Ianya tahun 2016 !!

Seorang lelaki warga Indonesia bernama Putra Kandias telah mengejutkan seluruh negara tersebut dengan dakwaan beliau berasal daripada Masa Hadapan dan kembali ke tahun 2014 dengan menggunakan sebuah mesin masa khas daripada zamannya.
Ini merupakan petikan status Facebook beliau:
Selamat malam
Salam kenal untuk semuanya
Sebelumnya saya minta maaf kalau saya lancang memperkenalkan diri disini..
Nama saya Putra Kandias, saya berasal dari masa depan tepatnya dari tahun 2035, tujuan saya kembali ke tahun 2014 adalah dalam menjalankan sebuah misi, saya di suruh menginformasikan kepada kalian semua penduduk bumi di Tahun 2014 agar berhati-hati karena akan ada bencana besar yang melanda Indonesia di awal tahun 2015, bersiaplah saudara-saudara
Terima kasih,
Dan ada banyak lagi kenyataan daripada Putra Kandias ini yang anda boleh baca sendiri melalui screenshot di bawah:
Yang pertama, tahun 2035 nanti sudah ada mesin masa yang canggih. Heh
Masih lagi cerita mengenai mesin masa, tapi dengan lebih mendalam lagi.
Kenyataannya yang ini paling mengejutkan, iaitu beliau mengatakan beberapa kepulauan utama di Indonesia akan ditenggelami oleh air.
Putra Kandias juga tanpa segan silu kantoi kan bakal juara Liga Indonesia pada tahun ini. Dan turut kantoi, nama pemenang Ballon D’Or yang akan datang. Haha..
Selain mendedahkan mengenai dunia bola sepak kepada pengikut di fanpagenya, Putra Kandias juga tanpa teragak-agak memberikan amaran dan ingatan kepada seluruh rakyat Indonesia mengenai bencana besar yang akan berlaku pada awal tahun 2015 nanti.
p/s: Buat para ibubapa, tolonglah awasi anak-anak anda dengan baik terutamanya semasa menonton filem-filem yang agak berat seperti “Interstellar”. Tak nak lah esok ada pula rakyat Malaysia yang mengaku lahir tahun 2020 pula dan kembali ke tahun 2014 atas nama misi masa depan. - thevocket

Monday, 17 November 2014

Insurance KERETA in Malaysia


In Malaysia, motor insurance is compulsory for all motor vehicles under the Road Transport Act 1987.

Types of Motor Insurance

There are 3 main types of Motor Insurance, they are set out below:

Third Party Cover

This policy insures you against claims for bodily injuries or deaths caused to other persons (known as the third party), as well as loss or damage to third party property caused by your vehicle.
Third Party Cover is the minimum level of cover you need to legally be able to drive on the roads. This means that only third parties (not your own vehicle) can claim for damages from your insurer, and you can not claim for damages to your own vehicle in any accidents or any fire damage to your own vehicle, or if your vehicle is stolen, and is usually the cheapest insurance type available.

Third Party, Fire and Theft Cover

This policy provides insurance against claims for third party bodily injury and death, third party property loss or damage, and loss or damage to your own vehicle due to accidental fire or theft.
The coverage here is the same as Third Party Cover, with the added coverage of damages from fire and theft of your vehicle.

Comprehensive Cover

This policy provides the widest coverage and is the most common type of insurance in Malaysia. With this policy type, third party bodily injury and death, third party property loss or damage and loss or damage to your own vehicle due to accidental fire, theft or an accident are covered.
Comprehensive Cover is probably a good idea if your car is worth more than RM30,000 and gets more important the more valuable your car is.
Warning: Any liability to driver and passenger of own vehicle (bodily injury, property, death) is not included in any of the 3 types of policies.

Sunday, 16 November 2014

Roxxxy Robot Seks Yang Pertama Di Dunia.



Tahukah anda, ternyata ada robot seks yang diciptakan untuk berhubungan intim dengan tahap kepintaran yang sangat bijak.

Robot ini direka untuk para lelaki yang merasa ingin mempunyai pasangan tanpa permintaan dan keperluan yang kadang dirasa mengganggu pasangannya.

Robot seks ini juga mempunyai berat dan tinggi badan yang ideal, wajahnya tidak mengecewakan. Ia boleh berbual dengan pasangannya tanpa henti. Selama bateri belum habis, ia boleh diajak berhubungan intim pada bila-bila saja.

Dengan komputer di tubuhnya, Roxxxy boleh bercakap, bahkan dibekalkan 5 jenis personaliti. Ia mempunyai sensor di tangannya dan di kawasan kemaluan. Jika disentuh, Roxxxy pun bakal bersuara. Dan sesuai kehendaknya sebagai robot seks, Roxxxy juga mampu meniru orgasme.





Thursday, 13 November 2014

VIDEO... Acara Raba-meraba oleh Bangla







Video ‘acara meraba dalam keretapi atau komuter’ yang kami perolehi dari akaun Facebook Vyrec ini menimbulkan beberapa persoalan.

Antaranya, adakah wanita ini rela diraba? Atau adakah dia sememangnya isteri kepada sang peraba?

Apapun persoalannya, ternyata perlakuan ini menarik minat penumpang lain sehingga mahu merakam aksi ini.

Melalui komen salah seorang pemilik akaun Facebook, dia mendakwa turut berada di tempat itu dan menyaksikan perlakuan pasangan yang dipercayai berasal dari Filipina dan Bangladesh itu.

Katanya, apa yang dirakam itu hanya sedikit dari apa yang dilihatnya. Bukan saja raba-meraba, malah aksi cium-mencium turut dilakukan.

Hai, agak-agaklah. Kalau dah sangap sangat, tunggulah balik rumah dulu! Ramai mata yang memerhati dan menunggu kalau buat aksi bukan-bukan di tempat awam ya.

Link video : https://www.facebook.com/photo.php?v=524629044288711&set=vb.148975151854104&type=3&theater

Monday, 10 November 2014

28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda


PERSANDINGAN


28 Gambar Istiadat Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda | Majlis istiadat diraja persandingan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan Che Puan Khaleeda bermula pada pukul 9.20 malam dengan keberangkatan masuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris

Majlis diikuti pila dengan keberangkatan masuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom.

Selepas itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri, Ho Ching dilihat melangkah masuk ke dalam dewan diikuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Antara barisan kehormat yang turut memeriahkan majlis persandingan TMJ dan Che Puan Khaleeda ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan juga bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Tun Jeanne Abdullah.

Di kesempatan ini, Katak Comel ingin mengucapkan jutaan tahniah buat TMJ dan isterinya dan mendoakan agar perkahwinan mereka ini kekal hingga ke jannah. Luaskan Kuasamu!

Apa pun, mari kita terjah beberapa gambar majlis istiadat Tunku Mahkota Johor dan Che Puan Khaleeda yang Katak Comel paparkan di bawah ini buat tatapan anda. Selamat berhujung minggu dan ong gedek gedek

















































































Sunday, 9 November 2014

SIAPA YANG FITNAH NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA?



Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya,” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu marah betul. Siapa pula yang menyebarkan berita kononnya beliau meninggal dunia?

Berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Segala-galanya mungkin bermula daripada berita Utusan Malaysia bertajuk “Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya”.

Menurut berita itu, “seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, semalam. Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada2.20 pagi tadi.”





Beberapa blog ada mengulas mengenai ‘Nik Aziz mati” tetapi tidak pula mengatakan atau mengesahkan Musyridul Am PAS itu mati.

Pisau. Net menyebut: “Menurut sumber, berita ini sudah tersebardan ramai penyokong PAS berguling dan menghantuk kepala meratapi kematian Nik Aziz Nik Mat,namun setelah menyedari yang mati adalah orang lain,mereka kembali bersemangat untuk memaki hamun kepada yang menyampaikan berita ini. Pisau sendiri terkejut ,kerana pada mula nya menyangkakan Mursyid maksum PAS ini sudah meninggal,tetapi Allah masih panjangkan umurnya agar beliau lebih banyak berkesempatan bertaubat dan bermuhasabah tentang dirinya yang terlalu banyak membuat kesilapan.









Blog The Sense, Credibility and Accountability pula mengulas: “Memang patutlah Pok Nik menuntut perMOHONan MAAF daripada pihak yang diDAKWAnya memFITNAH kononnya dia telah meninggal dunia.. HAIRAN jugaklah – tak keluar pun dalam berita BERNAMA, RTM, TV3, Utusan, Metro, Berita Harian, HARAKAH atau Malaysiakini, TIBA-TIBA aje Pok Nik mengatakan ada pihak yang menyebarkan BERITA fitnah sedemikian RUPA terhadapnya.. Siapalah punya KERJA agaknya ye? Gembira sangat ke PIHAK tersebut kalau Pok Nik sudah TIADA? Sedangkan semua TAHU yang HIDUP pasti akan MATI, yang PATAH, pasti akan TUMBUH dan yang HILANG, pasti akan berGANTI.. Itu sudah LUMRAH.. Kalau diTAKDIRkan Pok Nik sudah TIADA pun, pasti akan ada pengGANTInya yang mungkin 2X5 sepertinya? Itukan semuanya ketentuan Ilahi?”

Blog hhalem pula berkata: “Sebenarnya orang yang meninggal kemalangan jalanraya serupa namanya dengan Tok Guru yang pertama kali dilaporkan oleh bloger yang memetik dari Bernama…” Saya berdoa Tok Guru PANJANG UMUR dan mudahan MELAYU BERSATU SEMULA

The Flying Kick pula berkata “Sememangnya berita kematian NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT bukannya berita baru. Ini berita tahun 2009 atau lebih tepat lagi pada 26 Ogos 2009. NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut bersama-sama kakak dan anak saudaranya selepas kereta yang mereka naiki, bertembung dengan sebuah lori penghantaran cepat.”

Amat jelas, tiada siapa pun yang mengatakan Nik Aziz mati hanya Menteri Besar Kelantan itu sahaja yang terasa entah apa-apa.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10, di Kota Bharu semalam, beliau mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

Nik Aziz minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.


Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata, beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Ada juga blog mengatakan Nik Aziz ini jenis takut mati kerana itu marah apabila ada orang mengatakan dia sudah mati.

Wallahualam – entah, siapa yang benar!


Oleh Hambali Abdul Latiff



Saturday, 8 November 2014

(5 GAMBAR) AMY GORDON. SI GADIS GEMUK YANG MENJADI KURUS DAN SANGAT CANTIK


Menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan Kolej kerana bentuk tubuh yang gemuk adalah satu perkara yang mengecewakan seseorang. Di tambah lagi apabila bentuk tubuhnya menjadi sasaran modal untuk pelawak di atas pentas untuk melawak kepada penonton ianya adalah saat-saat yang amat memalukan apabila diketawakan oleh ramai hadirin yang hadir. 

Peristiwa tersebut terjadi kepada seorang wanita yang bernama Amy Gordon 29 Tahun dari Wolvehampton. Wanita yang mempunyai tubuh yang gemuk dengan berat badan mencecah 117Kg. Amy Gordon mempunyai berat badan yang agak berlebihan sehingga dia menjadi sasaran kutukan dan ejekan rakan-rakan sekolahnya. Setiap hari Amy Gordon mengakui tidak pernah lari daripada diejek dan dicaci kerana mempunyai badan yang gemuk. 


Peristiwa yang amat memalukan yang pernah terjadi kepada ketika dia menghadiri sebuah acara komedi dimana ketika itu pelawak di atas pentas membuat lawak tentang gadis-gadis berlemak. 

Kemudian Pelawak tersebut menunjuk ke arahnya dan berkata "Disana salah seorangnya"

"Tiba-tiba semua mata memandangnya dan bergelak sakan. Malam itu berubah menjadi satu mimpi ngeri kepada saya" Kata Amy.

Amy Gordon mula nekad untuk menguruskan badannya apabila dia meningkat dewasa. Semasa dia bekerja di Klinik Gigi dia dikelilingi dengan rakan yang sentisa memberi semangat kepadanya dan tidak mencacinya kerana berat badannya.

Amy Gordon mengambil masa selama 10 tahun untuk menurunkan berat badannya seperti sekarang. Pada mulanya sesi dietnya agak tidak teratur dimana berat badannya turun dan naik.

Sehinggalah Amy Gordon menyertai kumpulan Weight Watchers di Wolverhampton.

Amy Gordon berubah menjadi seorang vegetarian dan semenjak itulah berat badannya semakin menurun dengan teratur. 

Kini Amy telah berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badan asalnya iaitu dari 117Kg kepada 62Kg. Amy Gordon sedang berusaha menurunkan berat badanya kepada 50kg.




Amy Gordon kini lebih cantik, langsing dan seksi dan dia muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Weight Watcher 2014.



Semasa Amy Gordon bercuti di Tunissia, beliau pertama kali memakai bikini sepanjang hidupnya. 

Semasa di klinik salah seorang pesakitnya bertanya kepadanya "Dimana Amy".

Apabila Amy menyatakan dialah Amy. Pesakit itu menggelengkan kepalanyadan berkata "Bukan, Amy lain. Gadis gemuk dan berambut hitam".

Amy tersenyum kerana dia bukan lagi gadis gemuk yang dicaci, dikutuk, dihina dan diejek dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online