Pages

Friday 10 January 2014

[KISAH BENAR] Kisah Sedih – ‘Bank In’ RM20 Renyuk




CERITA yang bakal penulis kongsikan ini merupakan pengalaman seorang individu yang sedang hangat disebarkan melalui laman Facebook:


“Kisah Benar….


At bank just now. Ternampak sorang pakcik ni dok terkebil2 depan aku. Mula2 tak perasan kasut dia mcm dlm gmbr. Bila turn dia, dia macam tak senang hati dan pandang belakang. Bermula la conversation kami.


Dia : Dik mcm mana nk masuk duit ni?
Aku : Ada number akaun? Meh sy buat.
Dia : 10ya(RM10) boleh dik?
Aku : Boleh je
Dia : Adik ada tukar rm10 dua keping? (sambil hulur note rm20 yg renyuk)
Aku : Alamak sy ada sekeping je rm10.
Dia : Takpe lah dik, masuk rm20 ni je.
Aku : Duit ni mesin tak terima. Kena yg keras.
Dia : (Buka dompet yg penuh dgn resit n takde sekeping pun duit). Anak pakcik nak duit tu dik. Kesian dia.
Aku : Ohh, (tlg bankin, ht kecil mnangis, Allahurabbi)


Tade guna cerita pnjg kalau takde moral kan? Moral kt sini, terlalu ramai org yg susah skrg. RM20 tu bg pakcik tu sgt2 berharga. Kita? Cuba check diri kita. RM1000 kat tgn mungkin tak kenal lg erti syukur. Bukan semua. Tp sbg manusia, terkadang kita leka :’) bersyukurlah!”


Memang sebak bila membaca perkongsian ini. Penulis sendiri sebelum ini pernah melihat seorang pakcik di mesin ATM yang cuba mengeluarkan amaun sebanyak RM20.


Bagaimanapun, percubaannya gagal kerana mesin pada waktu itu hanya mengeluarkan nota RM50 sahaja. Akhirnya dia berlalu pergi begitu sahaja.


Kesimpulannya, sebelum kita merungut mengatakan kehidupan kita susah, pasti ada orang lain yang berganda-ganda lebih susah daripada kita. Muhasabah diri…


Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online