Pages

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia..

Neelofa Vs Kerabat

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

HIBURAN MINGGU INI

Artis Viral ---> Kisah hangat dan sensasi yang terkini di Malaysia.

Saturday, 29 March 2014

Cerita aneh 'penumpang MH370'


Cerita aneh 'penumpang MH370'
Philip Wood
Cerita aneh 'penumpang MH370'
Koordinat imej direkodkan di Diego Garcia.
Cerita aneh 'penumpang MH370'
Tarikh imej dirakam direkodkan di Diego Garcia.
MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY

SHAH ALAM – Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.


Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas.

Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain.

"Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.

'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing
sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini.

Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014.

Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal.

Tuesday, 25 March 2014

TIPS MENGATASI MASALAH MUKA TEMBAM

Petua Kuruskan Pipi Tembam Dan Petua Kuruskan Muka Tembam
Disusun oleh Amiene Rev 

Ada sesetengah orang suka pipi yang tembam, kata mereka, pipi tembam nampak awet muda. Lambat nampak tua. Ada sesetengah orang tidak suka pipi tembam, kata mereka, nampak gemuk, tak sesuai dengan badan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pipi dan muka jadi tembam ni.
Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. Berikut adalah petua untuk kuruskan muka tembam atau pipi tembam.
Petua 1 Untuk Kuruskan Muka Tembam: Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka
  • Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.
Petua 2 Untuk Kuruskan Pipi Tembam: Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur
  • Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutu dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.
Petua 3 Untuk Kuruskan Muka Tembam
  • Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.

[INFO AGAMA]Hukum Menjual Dan Membeli Air Zam zam


zamzam2
Masih ramai yang mempersoalkan hukum mengedarkan air zam zam dan mengambil upahnya. Kami pihak zam-zam.my telah membuat kajian menyeluruh sebelum memulakan perniagaan air zamzam. Berikut merupakan sumber-sumber yang membenarkan pengedaran air zam-zam.
Huraian Tajuk/Isu:
Apakah hukum menjual dan membeli air zam zam al-Mubarak
Keputusan:
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah memperhalusi dalam perkara di atas didapati bahawa tidak ada larangan atau tegahan dari syarak mengenai penjualan air zam zam. Oleh yang demikian Jawatankuasa Negeri Terengganu berpendapat tiada halangan bagi sesiapa yang memilikinya untuk menjualnya.
sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-menjual-dan-membeli-air-zam-zam-al-mubarak-0
Hukum berjual beli air zam zam adalah harus. Tiada nas-nas atau dalil-dalil yang khusus mengharamkannya. Penghantaran dari Mekah,Saudi Arabia, pembotolan semula, pengangkutan dan kos-kos yang lain adalah antara kos-kos yang perlu dibayar untuk memudahkan umat Islam di Malaysia menikmati air zam zam tanpa perlu pergi ke mekah, Saudi Arabia.
Antara yang telah memfatwakan keharusan berjualbeli air zam zam adalah Mufti Negara Brunei Darussalam.

Fatwa Jabatan Mufti Negara Brunei 1994:
Adalah harus memindahkan Air Zamzam dari Makkah atau tanah haram kepada tanah halal atau keluar dari Makkah. Air Zamzam ini banyak mempunyai kelebihan sebgaimana yang diterangkan dalam hadis-hadis, kerana itu orang-orang Islam mengambil manfaat daripada kelebihan Air Zamzam itu.
Setakat ini kita belum jumpa keterangan khusus mngenai hukum jual beli Air Zamzam itu. Bagaimanapun berdasarkan kaedah :
اَلأَصْلُ فِى الأَشْيَاءِ الِإبَاحَةُ , حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ
Ertinya : “ Asal suatu perkara itu adalah harus, sehingga ada dalil syara’ yang mengharamkannya.”
Maka berdasarkan kaedah ini, harus Air Zamzam itu diperdagangkan atau dijual dan dibeli.
Wallahua’lam.
sumber: airzamzam1.blogspot.com

Monday, 24 March 2014

[KANTOI] Kerap masuk tandas dedah rahsia awek cun



Shah Alam: Selepas enam kali keluar masuk tandas, seorang remaja perempuan akhirnya ditahan anggota Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah jenis syabu dalam Operasi Bersepadu di Plaza Tol Batu Tiga di sini, pagi semalam.

Remaja berusia 20 tahun itu pada mulanya memberi alasan tidak boleh membuang air kecil selepas teman lelakinya yang berusia 25 tahun didapati positif dadah, namun mengaku sudah tiga bulan mengambil bahan terlarang itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Diana mengaku mengambil syabu selepas diperkenalkan rakan selain mendakwa semakin rajin bekerja selepas mengambil dadah itu.

“Pada mulanya, saya hanya mahu mencuba, tetapi selepas mengambilnya saya jadi semakin rajin bekerja dan tidak mudah penat. Saya bekerja sebagai kerani jadi perlu memberi sepenuh perhatian selain beban kerja yang banyak.

PEGAWAI JPJ mengeluarkan saman ke atas pemandu yang melakukan kesalahan dalam operasi.

“Saya hanya membelanjakan RM50 mendapatkan bekalan dan kali terakhir saya ambil tiga hari lalu,” dakwanya ketika ditemui dalam operasi itu semalam.

Saturday, 22 March 2014

Benarkah Wan Nor Azlin buka tudung dan kembali ke imej seksi?





Benarkah Wan Nor Azlin buka tudung dan kembali ke imej seksi - Isu artis berhijab kembali ke imej seksi selepas beberapa bulan atau tahun bertudung litup bukan perkara baru dalam industri hiburan tempatan.

Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene pernah mencetuskan kontroversi apabila tiba-tiba memuatnaik gambar-gambar menjolok di akaun Instagram miliknya sedangkan beliau ketika itu diketahui umum sudah berhijrah sejak tujuh bulan lalu.

Itu kes lama yang berlaku kira-kira dua minggu lepas. Kini, isu terbaru yang menjadi bahan cerita wartawan Harian Metro ialah Wan Nor Azlin. Penampilan pelakon itu didakwa sudah mula berubah apabila tampil dengan kain labuh yang semakin singkat manakala tudungnya sudah melayang.

Mari ikuti lebih lanjut luahan hati seorang wartawan Harian Metro dikenali Sha di bawah. Pada hemat penulis, mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa pelakon itu tampil sedikit seksi dan membuka tudung.

Wednesday, 19 March 2014

[PEMAKANAN] Sotong... Ketam... Udang... Kerang... Adalah haram untuk dimakan.




Assalamualaikum..


Hari ni aku nak share ckit pasal makanan seharian kita..


"Sotong... Ketam... Udang... Kerang... Adalah haram untuk dimakan..." Mesti korang tertanya-tanya dengan statement aku kan... Korang setuju tak???? Yaaa.. mesti kebanyakkan daripada korang sume yang tak berapa nak setuju dengan statement aku.. Takpe.. Jom kita sama-sama ikuti perbincangan ini..

Tahun lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dah wat statement bahawa sotong kering yang kita duk makan hari-hari besama nasi lemak kaya dengan logam toksik jenis kadmium. Korang tau tak kadmium tu ape bende??? Kadmium adalah bahan yang digunakan untuk membuat bateri, plastik dan baja fosfat. Ish.. ish.. macam tak caye jee...


Menurut presiden CAP, pengambilan kadmium boleh menyebabkan kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang. Menurut beliau jugak, selain daripada sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

Melalui beberapa ujian yang dilakukan, CAP mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan, jumlah kadmium dikesan pada sampel yang diuji berkisar antara 0,33-4,33 parts per million (ppm) ketika Peraturan Makanan 1985 menyatakan bahawa tidak boleh melebihi 1,00 ppm.


Pegawai penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam..


Ok kawan-kawan.. aku sendiri pun tak tau nak cakap apa.. aku takde hak nak halang korang daripada makan. Tapi aku just nak bagi guideline, sekurang-kurangnya korang boleh buat keputusan untuk diri sendiri. Mungkin ramai daripada kita tidak mengetahui pasal perkara ini.. Forward-forwardlah pada kawan-kawan.. oklah, sebelum itu.. Aku nak cerita ckit pasal Mazhab Hanafi.

“Tak Boleh Makan Sotong?
Sebenarnya banyak perkara yang berbeza dalam mazhab Hanafi berbanding mazhab kitaSyafii dan majoriti, contohnya kaki tidak menjadi aurat bagi wanita, cara azan dan iqamah,solat jamak, cara solat, najis dan macam-macam lagi Tapi saja diakhiri dengan bab makanan.Sebenarnya dalam banyak-banyak mazhab, aliran Hanafi sahaja yang agak berbeza dariaspek makanan kerana mereka mengharamkan memakan makanan selain daripada ikan.Paling ringan pun dalam mazhab Hanafi, makan udang ada yang mengatakan makruh dankebanyakannya haram. Sotong, ketam dan lain-lain lagi sudah tentulah. Oleh kerana itu,mereka juga menganggap industri makanan laut haram bagi mereka dan kita janganlah pulapelik dengan pandangan ini.Kalau dikaji asas hukum ini bukan sembarangan dalil yang mereka gunakan, bahkan sekalitengok, tafsiran mereka dalam konteks ini lebih konsisten berbanding mazhab Syafi'i. Tapioleh kerana methode dalam resaerch adalah berbeza, terimalah saja perbezaan ini sebagairahmat.”

Cerita kat atas ni bukan aku saje2 reka k.. Ni aku ambil dari sebuah artikel mengenai cerita ringkas Mazhab Hanafi..

So.. pandai-pandailah korang menilai k.. Wassalam


sumber :akubudakbesaq.blogspot

[MH370] Raja Bomoh Mungkin Saman JAIS dan KJ Jika Tak Tarik Balik Kenyataan




Bomoh Ibrahim Mat Zin yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mengadakan upacara ritual untuk mencari pesawat MH370 yang hilang mungkin akan memfailkan saman fitnah terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berjumlah RM100 juta sekiranya mereka tidak menarik balik kenyataan mereka terhadap beliau.

Raja Bomoh Mungkin Saman JAIS dan KJ Jika Tak Tarik Balik Kenyataan

"Daripada pergi memaklumkan kepada umum, Khairy sepatutnya datang dan berbincang dengan saya. Saya akan memberitahunya cerita di pihak saya dan membersihkan nama saya lagi.

"Saya di sini untuk membantu negara dan bukannya mahu mencemarkan imej negara.

"Saya telah melakukan perkara ini selama bertahun-tahun, bagaimana mereka boleh berkata apa sahaja yang saya lakukan adalah 'haram' (haram) dan 'syirik', ia tidak betul sama sekali!" kata Ibrahim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai 50 tahun pengalaman sebagai bomoh.
Ibrahim juga berkata disebabkan Jais, beliau tidak lagi dapat pergi ke lapangan terbang untuk meneruskan upacara ritual.

Beliau sebelum ini diberi amaran akan ditahan oleh Jais sekiranya masih melakukan upacara ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Untuk mencari pesawat, saya perlu melakukan tujuh upacara ritual tetapi saya hanya melakukan dua kali. Saya diberitahu bahawa pihak berkuasa di sana akan menagan saya.

"Oleh itu , saya telah pergi ke tempat-tempat lain di luar Kuala Lumpur," katanya.

Ibrahim terus yakin bahawa penumpang masih hidup dan sama ada di dalam dunia ghaib atau telah terhempas mendarat di salah satu daripada tiga pulau.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesan tiga pulau itu.

Ibrahim mendapat liputan meluas antarabangsa berhubung upacara ritualnya yang pelik dilakukan di KLIA pada minggu lepas bagi membantu 'mengesan' pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Upacara ritual beliau itu termasuk penggunaan buah kelapa, teropong buluh, bubu rotan (perangkap ikan) sebagai sebahagian daripada 'peralatan'nya.

Pada minggu yang sama, Ibrahim mencetuskan lagi kontroversi dengan upacara ritualnya di KLIA selepas beliau dan pembantunya duduk di atas karpet yang mana beliau menafikan ia sebagai mengembalikan semula adegan 'tikar terbang'.

"Ya, saya melihat gambar-gambar dan video (parodi mengenai upacara ritualnya). Saya ketawa melihatnya. Orang ramai berhak untuk berbuat demikian dan saya gembira apabila membuatkan mereka gembira," katanya.

Wa Allahu'alam..

3 Foto: Biodata Kapten Nadira Ramli, Kekasih Fariq Abdul Hamid



KOTA BARU: Fariq Abdul Hamid yang merupakan pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang, merancang untuk berkahwin dengan kapten nadira ramli seorang jurterabang AirAsia.
Menurut satu laporan akhbar Daily Express yang berpangkalan di Sabah berkata, Kapten Nadira Ramli, 26, yang bertugas di AirAsia, merupakan anak perempuan kepada seorang juruterbang kanan Malaysia Airlines (MAS).

Beliau kini bersama dengan ibu Fariq di sebuah hotel yang tidak didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur.
Akhbar Daily Express dan beberapa portal berita mendakwa bahawa kapten nadira ramli diberi cuti sebulan bagi membolehkan beliau mengharungi kesedihannya di atas kehilangan teman lelaki yang berusia 27 tahun bersama dengan 11 anak kapal lain dan 227 penumpang dalam pesawat MH370.
Kedua-dua mereka pernah belajar di sekolah juruterbang di Langkawi dan telah mengenali antara satu sama lain selama sembilan tahun.


Akhbar itu menambah bahawa kapten nadira ramli merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim dan Nancy Jipanis yang berada di Penampang, Sabah.

Akhbar harian itu memetik seorang saudara di Kota Kinabalu sebagai berkata bahawa Nadira begitu tenang, yang dilihat memberi kekuatan kepada ibu Fariq ketika ini.

Nancy dan suaminya dilaporkan kecewa dengan akhbar dan media sosial yang mencetuskan “pelbagai cerita” mengenai pesawat MH370 yang hilang.

Akhbar Harian itu berkata, Fariq, yang merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Selangor, Abdul Hamid Mad Daud, berhasrat untuk berkahwin Nadira tidak lama lagi.
Akhbar tempatan di sini cuba untuk menemubual bapa saudara Fariq, Aziz Daud, 47, di rumahnya di Bunut Susu, Pasir Mas, pada Ahad tetapi ditolak secara baik.

Beliau telah dinasihatkan oleh MAS dan Kementerian yang berkaitan untuk tidak bercakap kepada media, kata Aziz.

Bagaimanapun, sepupu Fariq yang enggan namanya disiarkan, berkata juruterbang itu tidak pernah bersekolah di Kelantan kerana beliau dibesarkan di Kuala Lumpur.

Kapten Nadira Ramli (Air Asia). Gambar & Biodata Kekasih Co Pilot MH370 MAS : kapten Nadira Ramli bukanlah gadis yang asing dalam hidup Fariq Abdul Hamid (KLIK SINI). Kapten Nadira Ramli adalah kekasih Fariq Abdul Hamid Co-pilot MH370 MAS.

Pastinya gadis adalah antara individu yang terkesan dek kerana berita tragedi seperti yang berlaku terhadap kapal terbang Mh370 MAS Malaysia Airlines. Oleh sebab itulah mengambil kira tekanan dan dugaan hebat yang perlu dihadapi oleh Kapten Nadira Ramli, AirAsia telah memberi cuti sebulan kepadanya untuk tujuan menenangkan diri.

MH370: Ahli keluarga penumpang China 'mengamuk' di lokasi sidang media

MH370: Ahli keluarga penumpang China 'mengamuk' di lokasi sidang media
 
 
SEPANG: Sedikit kekecohan berlaku di Hotel Sama Sama di mana bakal berlangsung sidang media MH370 apabila enam ahli keluarga dipercayai warganegara China mendesak penjelasan pihak berkuasa berkenaan kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.

Mereka tiba-tiba meluru masuk kira-kira 4.30 petang ke dalam bilik sidang media sambil membawa kain rentang yang tertera "Kami membantah kerajaan Malaysia lambat menyelamatkan penumpang dan mendesak bawa ahli keluarga pulang tanya sebarang syarat."

Ada yang melaung-laung meminta agar ahli keluarga mereka dikembalikan sebelum mereka dibawa keluar pihak keselamatan dari bilik sidang media.

Mereka ditempatkan dalam bilik sekreteriat sementara waktu. Para media menunggu untuk perkembangan lanjut.
 
sumber : awani

[ISU MH370] Hukuman menanti penyebar khabar angin




Mohd Bakri Zinin
KUALA LUMPUR - Mereka yang terbabit dalam penyebaran khabar angin dan spekulasi sehingga menjejas keamanan dan ketenteraman awam akan dikenakan tindakan sewajarnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata polis akan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada bagi mendakwa mereka yang menimbulkan rasa bimbang dan tidak selamat dalam kalangan masyarakat.

"Apabila timbul sesuatu spekulasi terutamanya berkaitan jenayah, kita akan melihat tindakan-tindakan yang boleh diambil seperti di bawah Akta Hasutan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata budaya menyebarkan khabar angin atau membuat spekulasi telah memberi impak negatif sehingga menjejas dan merumitkan siasatan polis terhadap sesuatu kes yang sedang disiasat.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan menyiasat kesalahan perbuatan menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Mohd Bakri berkata, siasatan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak berkenaan sekalipun ia membabitkan orang kenamaan.

"Kalau mereka melakukan perbuatan tersebut, mereka harus bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan," katanya.

Di laman sosial misalnya, pelbagai spekulasi dan khabar angin dengan mudah bertebaran apabila tanpa sebarang rasa bersalah, masing-masing berlumba untuk menjadi yang pertama menekan butang 'share' tanpa mempedulikan kesahihan khabar yang dihantar.

Mohd Bakri berkata orang ramai juga tidak sepatutnya mudah terpedaya dan terpesong dengan spekulasi sama ada dari mulut ke mulut atau di alam maya serta seharusnya mengelak daripada menjadi penyampai berita tidak sahih kepada individu lain. - Bernama 

Gaya apakah ini


.
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
==
.
.
.
.
.
.
.
.

(26 GAMBAR) Majlis Resepsi Perkahwinan Linda Onn Dan Ungku Azhar Dari REDPhotography

 photo 1797613_10152794509549240_7731117_n.jpg

Majlis resepsi Linda Onn telah berlangsung di Restoran Hadramawt dan dihadiri oleh ramai kawan-kawan selebriti beliau. Pasangan ini telah dinikahkan pada 27 Disember tahun lepas di Johor Bahru. Gambar-gambar yang cantik ini ialah hasil bidikan REDPhotography. Silakan like page Mohd Red beramai-ramai.
Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.



 photo 1010405_10152794503944240_137292954_n.jpg
 photo 1012273_10152794505904240_615890357_n.jpg
 photo 1014036_10152794508674240_759109066_n.jpg
 photo 1017563_10152794503089240_1603775130_n.jpg
 photo 1097943_10152794510439240_318192325_n.jpg
 photo 1381623_10152794511054240_181054481_n.jpg
 photo 1505255_10152794512314240_944081950_n.jpg
 photo 1505533_10152794515184240_574758028_n.jpg
 photo 1505993_10152794509949240_1529810956_n.jpg
 photo 1545216_10152794514879240_1323423005_n.jpg
 photo 1555311_10152794511569240_1782421563_n.jpg
 photo 1555451_10152794503584240_517234119_n.jpg
 photo 1560647_10152794500419240_1141308559_n.jpg
 photo 1613778_10152794507724240_1085752184_n.jpg
 photo 1620569_10152794509084240_693775789_n.jpg
 photo 1620898_10152794501774240_1443537365_n.jpg
 photo 1653332_10152794509299240_359482611_n.jpg
 photo 1653547_10152794515894240_1905892568_n.jpg
 photo 1653684_10152794513374240_573668343_n.jpg
 photo 1656105_10152794501319240_57476116_n.jpg
 photo 1779236_10152794515484240_1753004978_n.jpg
 photo 1780719_10152794500919240_663511971_n.jpg
 photo 1782070_10152794514584240_258133590_n.jpg
 photo 1796438_10152794500129240_1765057865_n.jpg
 photo 1798694_10152794513919240_614280668_n.jpg

Tuesday, 18 March 2014

[MH370]Amerika Syarikat Tarik Diri Dari Mencari #MH370 ???

Gambar Hiasan

Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), USS Kidd, yang membantu sejak awal usaha pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370, akan menarik diri daripada pasukan pencarian antarabangsa itu, lapor agensi berita antarabangsa AFP.
Laporan memetik kenyataan pegawai Pentagon itu mengatakan keputusan itu dicapai kerana kawasan pencarian kini begitu luas dan adalah lebih baik pesawat pengawasan digunakan untuk tujuan itu.
Tentera laut AS bercadang menggunakan pesawat P-8 Poseidon dan P-3 Orion bagi membantu Malaysia mencari pesawat Boeing 777-200ER, yang hilang dengan 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac lalu selepas terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang pada jam 2.40 pagi.
Hari ini masuk hari ke-11 operasi mencari dan menyelamat dilakukan untuk pesawat tersebut.
USS Kidd menyertai pencarian MH307 minggu lalu dan mengalihkan tumpuan ke barat Laut Andaman atas permintaan kerajaan Malaysia.
"Dengan kawasan carian yang diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, pesawat rondaan jarak jauh seperti P-8A Poseidon dan P-3C Orion adalah lebih sesuai untuk usaha mencari dan menyelamat," kata laporan tersebut.
Malaysia sudah secara rasmi meminta bantuan 14 negara dalam misi mencari dan menyelamat, termasuk maklumat radar dan satelit.
Sehingga kini, 26 negara terlibat dalam operasi tersebut.
Via - MalaysiaInsider

[ISU MH370] Penduduk Maldives nampak jet terbang rendah



Peta menunjukkan laluan yang mungkin dilalui oleh MH370 – Grafik dipetik dari BBC
NEW DELHI - INDIA. Penduduk di kepulauan Maldives mendakwa ternampak sebuah pesawat yang ciri-cirinya menyamai fizikal MH370 membuat penerbangan rendah pada 8 Mac lalu.

Memetik laporan portal Haveeru.com, beberapa penduduk di Kudahuvadhoo melihat pesawat tersebut pada jam 6.15 pagi (9.15 pagi waktu tempatan).

Menurut saksi, pesawat tersebut yang berwarna putih dan mempunyai garisan merah, padan dengan sifat pesawat MAS yang dilaporkan hilang.

Katanya lagi, pesawat tersebut bergerak dari utara ke hujung selatan Maldives.

Saksi yang ditemui juga menambah, bunyi pesawat tersebut amat bising semasa bergerak merentasi kepulauan tersebut.


"Saya tidak pernah lihat jet yang terbang sebegitu rendah. Saya pernah lihat pesawat ringan dan saya pasti jet tersebut bukan pesawat ringan.

"Bukan saya sahaja, beberapa orang lagi juga nampak. Sesetengah daripada mereka keluar dari rumah untuk melihat apakah yang menyebabkan bunyi bising tersebut," kataya.

Sementara itu, laporan itu menyebut, seorang pakar penerbangan tempatan memberitahu, bahawa 'kemungkinan besar' MH370 melintasi Maldives.

Bagaimanapun, kebarangkalian untuk mana-mana pesawat untuk terbang rendah pada waktu yang direkodkan adalah sangat rendah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online