Pages

Wednesday 5 March 2014

FOTO: Lana Nodin Tunai Umrah

lana
Selepas dua tahun merancang, niat pelakon Lana Nodin untuk mengerjakan umrah tercapai apabila telah berangkat ke tanah suci pada 28 Februari lalu dengan ditemani adik lelakinya.

Pemergian Lana juga turut disertai oleh teman baik iaitu pelakon Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi.

"Tiada apa yang saya minta kecuali dikurniakan kesihatan yang baik untuk saya dan ahli keluarga. Selain itu, saya juga memohon bertemu jodoh dan dimurahkan rezeki. Semoga doa saya ini akan diredhai Allah S.W.T," ujar Lana kepada MH Online yang dihubungi sebelum berangkat minggu lalu.

Menerusi akaun Instagramnya, Lana turut berkongsi beberapa foto ketika berada di Madinah sebelum berangkat ke Mekah. MH Online mendoakan agar Lana memperoleh ibadah yang mabrur di sana.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online