Pages

Thursday 6 March 2014

[MISTER] Misteri Terakhir Titanic Satu Penipuan?

PADA tahun 1940, seorang wanita yang bernama Helen Kramer telah tampil dan mendakwa dia ialah Lorraine Allison, kanak-kanak yang terselamat sewaktu berusia dua tahun dalam tragedi kapal karam, Titanic pada tahun 1912.

Mengimbas sejarah, Lorraine merupakan anak perempuan kepada pasangan kaya, Hudson dan Bess yang turut mempunyai seorang lagi anak, Trevor yang sewaktu itu berusia tujuh bulan.

                            

Ketika tragedi, pasangan suami-isteri itu dan Lorraine dikatakan meninggal dunia selepas karam bersama kapal semasa mencari Trevor yang sebenarnya sudah dibawa masuk ke dalam bot penyelamat oleh pembantu mereka.

                                                  
 


Bagaimanapun, ‘kemunculan’ semula Lorraine selepas 28 tahun mengejutkan ramai pihak termasuklah ahli keluarga Allison yang tidak percaya kepada dakwaan itu.

Menurut Kramer, dia sebenarnya telah diselamatkan oleh seorang lelaki dan dibesarkan oleh keluarga angkat.

                                                            

Sebelum meninggal pada tahun 1992, dia telah melakukan pelbagai kempen bagi membolehkan dirinya diterima oleh keluarga Allison.

Usahanya kemudian diteruskan oleh cucunya, Debrina Woods dari Florida yang telah membina sebuah laman web dan forum bagi mengukuhkan lagi dakwaan itu selain mendapatkan bantuan guaman.
                                                           

Dia turut menyatakan bahawa dia telah menemui sebuah beg kepunyaan neneknya yang mengandungi dokumen berkaitan keluarga itu.

Jika terbukti bahawa Debrina ialah keturunan Allison, maka dia berpeluang untuk mewarisi kekayaan keluarga itu nanti.

Bagaimanapun, segalanya musnah selepas satu ujian DNA yang dijalankan terhadap salah seorang ahli keluarga terdekat Lorraine, Sally Kirkelie dan kakak tiri Debrina, Deanne Jennings menunjukkan tiada padanan antara mereka.

“Saya berterima kasih kepada Deanne dan Sally kerana sanggup menawarkan diri untuk ujian ini bagi menghentikan semua gangguan ini. Penipuan ini telah menghantui keluarga kami bertahun-tahun lamanya. Ini semua kerana wang.

“Debrina mahu menulis sebuah buku dan tidak ada kesangsian lagi yang dia mahukan keuntungan dari cerita kami. Ini cerita kami. Jai, biarkan kami tenang selepas ini,” jelas David Allison, cucu saudara Hudson.

Namun, keputusan itu disangkal oleh Debrina yang mengatakan dia mempunyai bukti tersendiri dan tidak berminat dengan wang keluarga Allison.

Bukti itu akan didedahkan dalam buku yang sedang ditulisnya kini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online