Pages

Tuesday 11 March 2014

[ Motif ] Laporan media Australia, juruterbang berpoya-poya

Apakah Motif satu laporan yang muncul di media Australia yang tersebar di laman-laman sosial yang menggambarkan perspektif berbeza ke atas sikap seorang pembantu juruterbang untuk pesawat MH370, yang masih belum ditemui sehingga kini, apakah tujuan mereka menyiarkan berita ini di kala rakyat Malaysia dan negara-negara yang terlibat tengah sedih dengan kehilangan pesawat MH370.
Laporan TV Channel 8 Australia itu menggariskan dengan terperinci tindakan pembantu juruterbang itu, ketika membantu mengemudi satu penerbangan lain dari Phuket, Thailand ke Kuala Lumpur, sangat pelik mengapa artikal ini dikeluarkan sekarang oleh Current Affair, apa kah motif mereka tidak lah kita ketahui.

Laporan itu menyebut, juruterbang merokok dan berpoya-poya dengan dua orang penumpang wanita di kokpit kapal, ketika pesawat yang dinaiki sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Roos memberitahu rancangan TV A Current Affair bahawa beliau dan Maree turut merakam gambar mereka dengan juruterbang bersama tersebut dalam kokpit.
Diharap pihak berkuasa tempatan dapat menyiasat perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai dan keluarga mangsa, yang mana mangsa dan semua penumpang serta krew MH370 masih belum di temui. 

sumber: malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online