Pages

Monday 24 November 2014

Pelik! Bayi Ini Dilahirkan Mempunyai 4 Tangan 4 Kaki Dianggap Jelmaan Dewa.

Kelahiran bayi yang tidak normal atau mempunyai kelebihan anggota badan sering kali terjadi didunia ini. Ada banyak ibu yang telah melahirkan  bayi dengan keadaan yang tidak normal.

Salah satunya adalah bayi yang dilahirkan di India Timur ini yang mempunyai anggota badan yang lebih iaitu lapan anggota badan.

Bayi aneh ini mempunyai empat tangan dan juga empat kaki, di mana dua tangan dan dua kakinya berada dibahagian perut bayi tersebut.

Pada awalnya, kelahiran bayi pelik ini dianggap sangat aneh dan bahkan membuat penduduk tempatan menjadi heboh. Namun, setelah dilihat lebih dekat lagi dan diperhatikan lebih teliti lagi ternyata bayi tersebut sangat mirip dengan Dewa Hindu.

Penduduk tempatan disana kemudian terus mempercayai bahawa bayi tersebut merupakan penjelmaan Dewa Hindu.

Bayi lelaki tersebut dipercayai sebagai penjelmaan Dewa dan dianggap sangat suci oleh penduduk India Timur.

Adik-beradik yang membantu ibu melahirkan bayi tersebut mengatakan bahawa bayi tersebut merupakan bayi yang sangat aneh. Namun, ia kemudian berubah fikiran dan menganggap bahawa bayi tersebut merupakan tanda kebesaran Tuhan.

Perkara ini membuat banyak penduduk ingin melihatnya dengan jelas dan lebih dekat. Sehingga ramai anggota polis yang ditugaskan untuk mengawal keadaan di sekitar rumah bayi yang lahir ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online