Pages

Saturday 24 January 2015

Gambar Neelofa Dikritik, Adik Mengamuk di Instagram


Dek kerana satu keping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya di Instagram dikritik oleh pengikut, adik kepada Neelofa, Ameera mengamuk di Instagram.

Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepala Neloofa yang telah dimuat naik oleh Neelofa sendiri di akaun Instagam miliknya.

Menurut apa yang difahamkan, dek kerana tangan Maulana Qari memegang kepala Neelofa(seperti gambar diatas), segelintir pengikut Neelofa di Instagram mula menegur dengan mengeluarkan pendapat masing-masing.

Bengang dengan tindakan segelintir pihak mengkritik gambar kakaknya itu, Ameera tampil membalas kritikan-kritikan negatif tersebut dengan bahasa yang sedikit kasar.


Walau bagaimanapun, komen Ameera telah dibuang dari gambar terbabit. Selain itu, komen-komen yang mengkritik gambar tersebut juga turut tidak kelihatan dipercayai telah dibuang.

Ramai yang bersetuju dengan apa yang dilontarkan oleh Ameera tetapi ada juga yang menegur bahasa yang digunakan oleh Ameera dalam komennya. 
-Sumber:Siakapkeli.com.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online