Pages

Wednesday 11 March 2015

Coklat Cadbury tertera gambar babi





coklat-cadbury-tertera-gambar-babi
SHAH ALAM, (MLP) - Cadbury Malaysia menyatakan bahawa coklat jenis Cadbury Milk Kids 20g yang tertera gambar babi adalah bukan keluarannya.
 
Menurut Ketua Perhubungan Hal Ehwal Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran, produk tersebut adalah produk import dan bukan dihasilkan di Malaysia.

Sinar Harian melaporkan, produk ini diimport pihak ketiga yang bebas mengimport mana-mana produk keluaran luar negara. 
 
Menurutnya, pengimportan atau coklat keluaran Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan pihak Cadbury Malaysia. 

“kami tidak mempunyai hak untuk menyekat mahupun mengawal mana-mana pihak yang ingin membeli dan menjual produk-produk tersebut,” katanya. 
 
Difahamkan, pengguna yang ingin maklumat lanjut, mereka diminta menghubungi pihak penjual berkenaan. 
 
Zalina menjelaskan bahawa coklat Cadbury keluaran Malaysia adalah dijamin halal. 

Beliau juga menasihati pengguna agar hanya memilih coklat Cadbury keluaran Malaysia bagi mengelak berlakunya pengeliruan sebegini. 
 
Mereka menjamin kesemua Coklat Cadbury yang diperbuat di Malaysia mematuhi Sijil Halal Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online