panduan pertama :
seorang ibu itu wajiblah terlebih dahulu mengenakan tudung jika keluar rumah atau bersama orang bukan muhrim.
panduan kedua :
belikan atau sediakan tudung yang sesuai dengan usia anak perempuan kita ni. kalau boleh biarlah cari warna yang budak-budak suka supaya dia suka sebab nampak cantik
panduan ketiga :
ingatkan atau pakaikan anak perempuan anda tudung setiap kali dia ingin keluar rumah, atau setiap kali kita bawa dia keluar..( biasanya anak-anak ini pakai tudung tak boleh tahan lama..tak mengapa..dah namanya pun latihan kan..)
panduan keempat :
ceritakan sebab secara mudah kenapa orang perempuan beragama Islam wajib bertudung ( jika dia bertanya soalan yang berkaitan, sila berikan jawapan yang munasabah dan logik, sebab anak-anak kita ini belajar melalui persekitaran juga )
panduan kelima :
cuba bawa anak pergi mandi manda atau berkelah ke kawasan air terjun atau taman tema air, dan ajar dia supaya tidak perlu tanggalkan tudung walaupun ingin berseronok ( supaya dia tahu bertudung bukan sahaja ditempat tertentu..dalam semua keadaan jangan sesekali buka tudung )
panduan akhir :
Insy Allah, Jika kita inginkan kebaikan. Allah akan permudahkan...selagi namanya latihan, biar ada kekurangan dimana-mana..namun tetap ada pembaikan..
Mungkin ada banyak lagi cara yang boleh kita buat untuk melatih anak-anak perempuan kita bertudung, walau apapun yang penting semuanya ibarat melentur buluh dari rebung..
0 comments:
Post a Comment