Pages

Tuesday, 11 February 2014

[GEMPAQ] Perkuburan Kereta Klasik Zaman Perang Dunia Kedua

Pemandangan luar biasa di hutan daerah Bastnas, sebuah bandar perlombongan di Selatan Sweden. Di tempat ini anda boleh melihat sebuah 'perkuburan' 1000 kereta klasik dari tahun 1950.

Tempat ini didirikan dua bersaudara Sweden untuk menyimpan kereta yang ditinggalkan para askar semasa Perang Dunia Kedua. Mereka kemudian meninggalkan tapak ini pada 1990-an.

Kereta-kereta klasik yang telah berkarat itu berasal dari jenama ternama seperti Opel, Ford, Volvo, Buick, Audi, Saab dan Sunbeam. Model kereta yang ada di sana boleh dikatakan mewah di era tersebut.

Di tempat ini anda juga boleh melihat pokok-pokok yang tumbuh di sekitar badan kereta dan lumut meliputi kerusi dan roda pemandu. Kenderaan-kenderaan vintage dianggarkan bernilai dari 100,000 pound sterling.

"Di sana amat sepi. Ada perasaan aneh ketika anda berada di sana, seolah-olah anda berada di hujung dunia," kata jurugambar Svein Nordrum (54) yang telah berkelana ke hutan itu.

"Hutan ini sangat tebal. Anda hanya dapat melihat beberapa kereta pada satu masa, selebihnya menghilang ke dalam hutan," tambahnya.

Beberapa orang di Sweden dikatakan ingin menghapuskan kereta-kereta ini. Namun, para pencinta alam sekitar tetap mempertahankannya.



 
 
CREDIT TO : silverheritage

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online