Pages

Tuesday, 4 February 2014

[ Misteri ] Batu Membesar dan Bergerak Sendiri Bila Hari Hujan

Romania mempunyai sebuah daya tarik tersendiri yang disebut Trovants . Benda itu merupakan sebuah keajaiban geologi sebuah batu yang akan membesar saat hujan dan boleh bergerak sendiri .

Batu yang namanya " pasir disimen " itu terdapat di desa Costesti . Trovants berbentuk bola pasir yang muncul di permukaan tanah setelah adanya aktiviti seismik yang kuat . Gempa bumi yang memunculkan batu itu pada 6 juta tahun yang lalu .

Trovants kemudian membesar ketika bercampur dengan air . Akhirnya , dari ukuran 6-8 mm kini sudah mencapai 6-10 meter hingga lebih .

Proses pembesaran itu dibuktikan dengan adanya lingkaran usia pada batu , sama seperti pokok . Trovants mempunyai teras baru dengan kulit luar yang terdiri daripada pasir . Selepas hujan lebat maka batuan kecil akan jadi besar dan khabarnya semua batu tersebut bentuknya sama .

Ada banyak teori , mulai dari saintis hingga mistik , mengenai keanehan Trovans . Saintis yakin di sebalik cengkerang batu mengandungi mineral tinggi yang jika basah akan merebak dan menekan jadi lebih besar . Namun itu hanya teori yang belum dibuktikan dengan kajian .

Trovants kini menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Romania . Muzeul Trovantilator ( Muzium Nasional Perlindungan Trovants ) ditubuhkan pada 2004 dan sekarang dilindungi UNESCO .



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online