Pages

Thursday 30 October 2014

PENJELASAN PAKAR MENGENAI LAPORAN PELEKAT MAGNET PETI SEJUK PUNCA KANSER


Sebelum ini media sosial kecoh dengan penyebaran satu laporan mengenai kajian daripada Universiti Princeton mendakwa pihaknya menemui kesan menakutkan apabilapelekat magnet peti sejuk boleh menyebabkan penyakitkanser.
Laporan itu mendakwa makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran yang disimpan di dalam peti sejuk itu akan dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet hasil daripada pelekat magnet yang diletakkan di pintu peti sejuk itu. Malah, orang yang memakan makanan daripada peti sejuk itu berpeluang menghidap penyakit kanser apabila sel aktif hasil elektromagnet itu akan merebak secara senyap. [BACA LAPORAN BERKENAAN DISINI]
Penjelasan pakar mengenai laporan pelekat magnet peti sejuk punca kanser – Bagaimanapun menurut Pakar Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, fakta yang dikemukakan itu adalah palsu.
penjelasan pakar mengenai laporan pelekat magnet peti sejuk punca kanser
Beliau berkata, tidak mungkin pelekat magnet itu mampu menembusi pintu sesebuah peti ais dan mempengaruhi keadaan makanan di dalamnya. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah mendengar penemuan seumpama itu dilakukan mana-mana universiti setakat ini.
“Pelekat hiasan yang hanya diletakkan di luar pintu peti ais, tidak mungkin boleh masuk dalam makanan. Apatah lagi keadaan suhunya yang sejuk menyukarkan makanan itu bertindak balas dengan faktor yang lain. Saya harap orang ramai tidak mudah percaya dan menyebarkan perkara yang tidak sahih,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online