Pages

Friday 3 October 2014

Video: Harimau Sebenarnya Hendak Selamatkan Remaja Tersebut


PASTINYA ramai tak dapat lupakan insiden menyayat hati melibatkan kematian seorang pelajar universiti di New Delhi, India, baru-baru ini.
Pelajar tersebut mati selepas lehernya digigit harimau putih apabila dia dikatakan terjatuh ke dalam kandang harimau itu di Zoo New Delhi.

Rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya selepas laporan forensik dikeluarkan.
Menurut status Facebook yang dimuat naik seorang warga India, Manchu Vishnu, sebenarnya harimau itu berniat untuk melindungi dan menyelamatkan lelaki tersebut daripada ancaman orang ramai yang mula membaling batu ke arah mereka.

Ini kerana terbukti apabila sebenarnya tiada sebarang luka lain selain di bahagian tengkuk dan leher pelajar itu yang digonggong harimau tersebut.
tiger

“Latest News about that tiger incident from Delhi Zoo…. Forensic report came..Tiger was trying to Save that guy from stones thrown by those idiotic on lookers, that’s y he caught the neck of that guy and kept far from public. Unfortunately his teeth wound that guy… Tiger generally catch her kids on neck to save them from threat…Apart from his neck there were no wounds on his body. Tiger kids have an extra thick fur and skin on their neck so that it can be carried by the mother tiger.
Berita terkini mengenai insiden harimau putih yang dikatakan membaham seorang pelajar lelaki di Zoo New Delhi minggu lepas mendapati, harimau putih itu sebenarnya cuba menyelamatkan lelaki itu daripada batu-batu yang dilemparkan oleh orang awam ketika itu. Dia kemudiannya mengigit leher lelaki itu dan membawanya jauh dari orang ramai. Walau bagaimanapun, gigitan harimau itu menyebabkan luka yang dalam dan lelaki itu tidak dapat diselamatkan. Harimau secara umumnya akan mengigit leher anak-anaknya untuk menyelamatkan mereka daripada ancaman. Menurut pihak Zoo New Delhi, tiada luka lain di badan mangsa. Anak harimau mempunyai bulu tebal tambahan dan kulit di leher mereka supaya ia boleh dibawa oleh harimau jika diancam.”

Lihat Video Di bawah ini:


Sumber mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online