Pages

Tuesday 24 December 2013

Tahukah Anda Rahsia Batu Karbala Syiah ?

Gerakan Syiah di Malaysia kini cuba disekat oleh pihak berwajib daripada terus tersebar secara meluas. Saban hari ada sahaja berita pasal penangkapan pengikut ajaran Syiah di Malaysia. Gerak gempur menyekat ajaran Syiah kini semakin diperhebatkan diseluruh negara.



Gerakan Syiah di Malaysia kini cuba disekat oleh pihak berwajib daripada terus tersebar secara meluas. Saban hari ada sahaja berita pasal penangkapan pengikut ajaran Syiah di Malaysia. Gerak gempur menyekat ajaran Syiah kini semakin diperhebatkan diseluruh negara.

Menurut laporan akbar sinar harian, ada tangkapan di Bagan Serai, Perak. PihakJabatan Agama Islam Perak (Jaipk) telah merampas batu karbala, sehelai kain yang tetulis nama 12 imam Syiah, buku-buku berkaitan Syiah, sekeping gambar yang didakwa Saidina Hussein serta sehelai baju t-shirt Syiah. Kita duk sebut pasal Batu Karbala, apa dia sebenarnya Batu karbala ini? Jom kita kaji sikit pasal rahsia Batu Karbala Syiah ini.

Amalan di dalam ajaran Syiah ini, kebanyakan jauh berbeza dengan ajaran yang dibawa Ahli Sunnah Waljammaah. Sujud diatas batu adalah salah satu amalan pelik di dalam ajaran Syiah. Batu Karbala ini sebenarnya digunakan oleh pengikut Syiah untuk sujud sewaktu solat. semasa sujud dahi akan bersentuhahn dengan Batu Karbala, manakala dahi dan hidung pula tidak kena lantai.

Pengikut Syiah akan sujud diatas seketul batu yang berbentuk bulat leper atau empat segi. Menurut ajaran mereka, sujud perlu dilakukan pada bumi yang bersih seperti tanah, batu, pasir, rumput, asalkan ia bukan mineral. Ada yang menyatakan tidak wajib sujud diatas Batu karbala, tetapi adalah digalakkan.

Batu yang paling suci bagi pengikut Syiah adalah yang diambil dari Karbala, kemudiannya di Masyad dan seterusnya di Qom. Karbala yang paling utama kerana, disitulah tempat suci bagi Syiah semperna menperingati kematian Hussain.

Kita sudah tahu gerakan Syiah kini cuba untuk menpengaruh rakyat Malaysia, jadi berhati-hatilah kita semua daripada serangan golongan ini yang akan cuba mengoyahkan pegangan kita selama ini. Jangan kita mudah terpedaya dengan dakwah mereka. Mereka selalu berhujah dengan menjual nama Ahli Bayt, padahal mereka dengan terang mencela para sahabat Nabi. Semoga kita semua terselamat daripada fitnah ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online