Pages

Friday 25 April 2014

[PANAS] Rebecca Nur Islam mengamuk gara2 isu baju Teletubbies

Minggu ini ramai sungguh selebriti yang bercerita mengenai dosa dan pahala. Satu perkembangan yang sihat kerana kelihatan usaha untuk mereka belajar lebih mendalam mengenai agama Islam. Rebecca Nur Islam yang sebelum ini dikecam kerana memakai pakaian sendat dan bertudung, tampil memaklumkan penyebaran gambar miliknya itu menyebabkan masyarakat mendapat dosa percuma.

rebeca nur islam
Sebenarnya Abang Nara agak pelik juga kerana sebelum ini Rebecca Nur Islam ada memaklumkan yangdia sudah menjual kesemua baju seksi miliknya. Ini bermakna baju merah ketat ala-ala “Teletubbies” ini mungkin baru dibeli olehnya. Menerusi akaun Instagramnya, Rebecca menulis:-

Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai. Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan
becca
Walaupun akaun Instagram adalah “private”, para pengikut yang sedia ada masih lagi mampu melihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Rebecca Nur Islam. Itu yang bila ada gambar pelik sikit terus tersebar seperti goreng pisang panas. Kalau taknak benda sebegini berlaku lagi, Abang Nara nasihatkan tutup sahaja akaun Instagram. Tak pun “block” semua follower dan pastikan yang mengikuti anda hanya ahli keluarga sahaja. Itu adalah langkah yang terbaik pada pandangan Abang Nara

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online