Gambar: We Are The Joe Zakaria
Saat yang dinanti oleh penyanyi Samihah Omar atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Misha Omar kini menjadi realiti setelah sah bergelar isteri kepada Firos Ezzwan Rossly pagi tadi di Hotel Renaissance Kota Bharu, Kelantan. Majlis yang cukup indah itu menyaksikan pengantin dinikahkan dengan sekali lafaz serta mas kahwin berupa gelang emas. Upacara nikah dihadiri oleh kaum keluarga dan teman rapat penyanyi ini.
Misha yang anggun mengenakan persalinan serba putih rekaan Syaiful Baharim dan solekan oleh Chot tampil tenang diiringi pengapit selebriti yang juga rakan baiknya iaitu Fara Fauzana, Jaclyn Victor, Dina Nadzir dan Adibah Noor bertindak sebagai pengacara majlis. Rakan artis yang turut hadir pada majlis ini adalah Salamiah Hassan dan Amy Mastura. Malam ini, resepsi sebelah pihak perempuan akan turut diadakan di hotel yang sama dan dihadiri oleh jemputan dan media.
Selamat pengantin baru buat Misha dan Firos dari team EH! Semoga pelayaran hidup bersama akan kekal selamanya.
Berikut EH! kongsikan foto eksklusif oleh We Are The Joe Zakaria untuk tatapan anda semua.
0 comments:
Post a Comment