FILEM fiksyen yang mengambil teori kehilangan MH370 akan ditayangkan pada Festival Filem Cannes, tahun ini, lapor Daily Mirror.
The Vanishing Act, drama arahan pengarah India, Rupesh Paul itu membawa moto ‘kisah yang tidak diceritakan tentang pesawat Malaysia yang hilang’.
Paul mendapat idea itu apabila seorang wartawan dari Malaysia yang enggan dikenali menghubungi dan berkongsi dengan beliau tentang satu teori berkenaan kehilangan MH370 itu.
Paul tidak percaya keluarga penumpang dan krew MH370 menganggap filemnya itu tidak sensitif.
“Saya akan pastikan, tidak akan penumpang akan terluka kerana filem ini.
“Semua orang di dunia mahu mengetahui apa yang berlaku. Kalau anda tanya saya, secara peribadi, saya mahu kebenaran itu muncul,” katanya.
Kemudian, Paul menghabiskan 20 hari untuk menyelesaikan lakon layar dengan penamat yang mengaitkan teori berkenaan.
Filem tersebut menjalani penggambaran selama enam hari dalam sebuah Aerobus di Bombay India.
The Vanishing Act dijadualkan ditayangkan Ogos depan dan menelan kos ASD 3.5 juta (RM11.3 juta).

0 comments:
Post a Comment