- Bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada sebatang pokok.
Pegawai Bomba Kanan II Othman Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pemandu tren komuter terbabit kira-kira jam 10 malam.
“Kami tiba di lokasi kejadian 18 minit kemudian dengan kekuatan lima anggota termasuk pegawai,” katanya.
Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan polis bantuan dari KTMB sudah berada di lokasi kejadian.
"Lelaki itu dipercayai dilanggar tren komuter sebelum terpelanting sehingga jatuh ke dalam lurah yang curam kira-kira 3 hingga 4 meter dan tersangkut pada sebatang pokok. Kami terpaksa memotong sebatang dahan pada pokok itu untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.
Menurutnya, mangsa warga tempatan yang berumur lingkungan 40-an dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut
.
0 comments:
Post a Comment