Pages

Sunday, 18 May 2014

» Abby Abadi Beri Hint Rumahtangga Bergolak Di Instagram?



Gosipanaz datang lagi! Korang masih ingat tak sekitar Julai tahun lalu, dunia hiburan hangat memperkatakan pasal berita pernikahan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi dengan seorang jejaka kacak yang lebih muda bernama Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Hanya dengan perkenalan yang begitu singkat, kedua-dua mereka berjaya mengikat tali pernikahan di Thailand selepas dua minggu berkenalan.

Terkini, Gosipanaz ternampak satu posting di laman sosial bahawa rumahtangga Abby sedang bergolak! Gosipanaz terus menjenguk laman sosial Instagram milik Abby. Apa yang kami perhatikan ialah sebuah video yang dimuat naik dan terbaca status Abby yang seolah-olah menggambarkan rumahtangganya kini sedang bergolak dan bermasalah.

Melalui status tersebut, Abby telah meminta peminatnya untuk mendoakan dia dan suaminya. Namun, apa yang lebih mengejutkan kami apabila Abby turut menulis caption ‘Untuk yang terakhir kali’ dihujung statusnya.

Jika melihat kepada video yang dikongsikannya, ia menunjukkan saat-saat manis dan bahagia Abby bersama suaminya, tetapi muzik latar lagu ‘Kehilangan’ yang digunakan seolah-olah menggambarkan perasaan pelakon ini.

Andaian Gosipanaz dikuatkan lagi apabila Abby membalas komen peminat dengan menunjukkan emosi yang dia sedang bersedih.

Malah, Abby turut membalas bahawa dia mengharapkan doa dari semua peminatnya kerana peluangnya tinggal yang terakhir. Persoalannya, peluang apakah yang dimaksudkan Abby tersebut?


Dalam pada itu, ramai peminat yang turut mendoakan supaya pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka tanpa melukakan hati siapa-siapa pun.

Apapun, jika benar rumahtangga Abby sedang bergolak, saya harap Abby dapat bersabar menempuhi dugaan tersebut. Anggap saja ia asam garam berumahtangga, pasti ada naik turunnya. Tak gitu?
Sumber: Gosipanaz Blog!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online