Pages

Friday, 2 May 2014

Punca sebenar hubungan Diana Amir dan suami dikritik



Lumrah hidup sebagai pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga, pastinya ingin selalu bersama dan tidak mahu berenggang.
Baru-baru ini ada yang mendakwa Diana sering membawa suaminya ke lokasi penggambaran dan ke majlis-majlis tertentu. Tambahan pula, sebulan yang lepas suami Diana, Mohd Habib Bullah turut menemaninya hingga ke Indonesia untuk menjalani penggambaran rancangan dokumentari terbitan Al-Hijrah.
Jika difikirkan, ianya sesuatu yang baik, kan? Tapi entah mengapa perkara itu menjadi isu besar pula kepada sesetengah pihak. Mungkin mereka cemburu, siapa tahu?

Bagaimanapun, Diana yang ditemui beberapa hari lepas cukup tenang menjawab dakwaan tersebut .
Baguslah saya bawa suami, nak bawa siapa lagi? Kenapa benda yang halal orang nak pertikaikan? Benda tu lagi bagus. Kira mengelakkan fitnah. Kalau pergi sorang-sorang lagi bahaya sebab saya perempuan. Jadi saya bawalah suami, memang orang yang sepatutnya melindungi kita. Saya rasa tak ada masalah.
Kalau saya pergi shooting biasanya dia tak ikut. Yang mana dia ikut ialah kerja-kerja macam forum. Sebab forum biasanya saya pergi jauh dan balik malam. Kalau pergi shooting, saya nak dia ikut tapi dia yang tak nak.
 
Sementara itu, sewaktu ditanya tentang perasaannya selepas bergelar isteri, Diana memberitahu hidupnya kini lebih tersusun dan bermakna.
 

Lepas bernikah ni rasa hidup tu lagi tersusun. Sebelum ni saya cuma jaga diri saya seorang je tapi sekarang saya dah ada suami yang nak dijaga juga. Sekarang ni matlamat saya cuma nak buat suami bahagia. Kalau suami redha dengan kita, pahala dan syurgalah yang kita dapat.
Dalam pada itu, pelakon dan pengacara ini bersyukur kerana suaminya sangat memahami bidang kerjayanya dan tidak menghalang apa yang dilakukan.
Alhamdulillah, suami saya tak kisah dengan kerjaya saya. Apa yang kita buat dalam dunia ni, kena dapatkan izin suami kan? So suami saya kata, buatlah apa-apa selagi mana boleh memberi manfaat kepada orang lain. Setiap pahala yang isteri buat, suami pun akan dapat jugak. Sebab tu dia bagi saya sokongan 100 peratus.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online