Angelina Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anak-anaknya itu mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.
“Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia,” ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah terkenal Parade.
Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah agam mereka.
“Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan,” katanya kepada media.
Menurut Angelina Jolie, walauapapun ajaran agama yang dipilih oleh anak-anaknya kami kelak, mereka tidak akan membantah.
“Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka,” tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment