Pages

Monday, 17 March 2014

Betulke Tentera US kini di KB dan Ipoh untuk mencari MH370?.. Ini jawapannya...


Hari ini gambar di atas yang kononnya memperlihatkan Tentera US mula berada di Malaysia iaitu Kota Baharu, Kelantan dan juga Ipoh, Perak telah disebar di laman mikro Twitter oleh mamat yang memiliki akaun Twitter di atas..

Dan sebarannya talah disambung pula oleh beberapa buah Blog dan juga Facebook tanpa berfikir panjang dan mencari dulu sumber dari mana gambar itu diperolehi.

Ada yang memandai mengaitkan gambar kehadiran tentera US di Malaysia ini dengan insiden kehilangan pesawat MH370, kononnya US telah mengerahkan tenteranya untuk menjalankan gerakan pencarian individu yang terlibat dengan kehilangan pesawat itu..

Memang benar Tentera US telah berada di Malaysia dan mereka itu adalah dari US Navy dan US Army..

Ni banyak lagi gambarnya.. siap ada watermark PDRM lagi..


Adakah mereka menjejakkan kaki mereka ke negara kita kerana operasi mencari MH370?

Tak ada kena mengena langsung.. kerana gambar-gambar di atas telah dirakam pada Februari tahun 2012 lagi..

Kehadiran mereka ialah untuk menjalani sesi latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (PGK)

LATIHAN PASUKAN GERAKAN KHAS (PGK) BERSAMA US ARMY DAN US NAVY

Latihan ini dijalankan bersama 'C' Company 1 Batalion 1 Special Forces Group yang berpengkalan di Pulau Okinawa Jepun dan beribu pejabat di Hawaii.

Gandingan latihan bersama Pasukan Gerakan Khas (Unit Tindakan Khas) telah bermula sejak tahun 1996 sehingga kini.

Latihan dijalankan 1 atau 2 kali setahun dengan US Army dan kadang kala terdapat juga latihan dengan US Navy dalam bidang penyelam tempur.

Bertempat di Lapangan Terbang Unit Udara Ipoh, latihan yang berlangsung pada hari ini adalah bersama tentera US Army bermula pada 16 Januari dengan acara penerjunan persahabatan dan berakhir pada 17 Februari 2012.

Kumpulan US Army ini diketuai oleh Major Stephen Taylor. Terdapat 40 operatif US dan 38 operatif PGK dalam latihan ini, manakala kumpulan sniper pula telah menjalankan latihan di LISRAM Pulau Langkawi selama dua minggu.

Perkara-perkara yang didedahkan dalam latihan ini adalah:-
1) Kemahiran medan/teknik menembak
2) Kemahiran merancang dan mengendali serbuan bangunan
3) Kemahiran 'perubatan tempur' (Combat causality care)
4) Kemahiran letupan
5) Pertempuran dikawasan bandar (fighting in built up area-(FIBUA)
6) Perancangan operasi
7) Latihan Sniper

Setelah latihan tamat, Pasukan Gerakan Khas (UTK) akan mengajar kemahiran pengiring rapat kepada pihak 'C' Company 1 Battalion, 1 Special Forces Group selama 3 hari (reciprocal training).

Semasa latihan peringkat akhir, seramai 4 Pegawai FBI dari Los Angeles Field Office akan menjalakan latihan 'evidence collection'.

Sebagai penghormatan, pada 15 Februari 2012, YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rashid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH Dato' Azizan bin Abd Aziz, Komander 69 Komando telah menerima anugerah Sayap Penerjunan Tentera US Kehormat yang telah berlangsung di Unit Udara Polis Ipoh, Perak.

Sumber info dari ( SINI ).. tengoklah ada banyak lagi gambar Tentera US di Malaysia..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online