Pages

Tuesday, 25 March 2014

TIPS MENGATASI MASALAH MUKA TEMBAM

Petua Kuruskan Pipi Tembam Dan Petua Kuruskan Muka Tembam
Disusun oleh Amiene Rev 

Ada sesetengah orang suka pipi yang tembam, kata mereka, pipi tembam nampak awet muda. Lambat nampak tua. Ada sesetengah orang tidak suka pipi tembam, kata mereka, nampak gemuk, tak sesuai dengan badan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pipi dan muka jadi tembam ni.
Selain faktor pemakanan berlemak, faktor-faktor lain yang menjadi punca muka tembam atau muka gemuk ini ialah tabiat suka tidur selepas makan. Satu lagi punca muka gemuk atau pipi jadi tembam ini adalah tabiat suka gelak atau suka ketawa terlalu banyak. Kalau dah kerap sangat ketawa, muka akan jadi gemuk dan pipi akan jadi tembam. Berikut adalah petua untuk kuruskan muka tembam atau pipi tembam.
Petua 1 Untuk Kuruskan Muka Tembam: Latihan A E I O U Berdasarkan Mimik Muka
  • Sila bentukkan mulut dan mimik muka semasa menyebut setiap huruf iaitu huruf A, E, I, O, dan U. Sebutkan setiap huruf secaa perlahan-lahan sebanyak 20 kali. Ada sesetengah orang kata, buat dalam masa 2-3 minit. Eloklah mengadap cermin semasa buat senaman mimik muka ni, tapi jangan gelak sebab kuat ketawa boleh menyebabkan pipi jadi tembam dan muka jadi gemuk. Kalau nak ketawa, ketawalah di dalam hati.
Petua 2 Untuk Kuruskan Pipi Tembam: Amalan Waktu Pagi dan Sebelum Tidur
  • Amalan ini perlu dilakukan pada waktu pagi dan juga pada waktu sebelum hendak tidur. Tongkatkan siku pada kepala lutu dan tampungkan kedua-dua keseluruhan telapak tangan ke seluruh bahagian muka selama 5-10 minit.
Petua 3 Untuk Kuruskan Muka Tembam
  • Kalau tadi pada bahagian muka, sekarang kita ampukan tapak tangan ke bahagian dagu pula. Buat dalam 5-10 minit juga.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online