Pages

Tuesday, 4 March 2014

[HIBURAN] Jep Sepahtu Masih Enggan Berjumpa Sharol Shiro



Jep dan Shahrol Shiro bergaduh

Isu Gaduh Jep Sepahtu dan Shahrol Shiro – 14 Februari 2014 (Harian Metro)

Usaha Sharol Shiro ingin menjernihkan hubungannya yang telah keruh dengan Jep Sepahtu harus diberi pujian. Kemelut yang melanda mereka berdua ini bermula sejak MLM2013 yang lalu dan sehingga ke hari ini masih belum ada penyelesaian. Namun kalau sudah ada niat untuk berbaik semula pun dah kira cukup baik.

Melalui penjelasan Sharol di Harian Metro hari ini, cara kerja mereka berdua yang berbeza menyebabkan berlakunya perang dingin ini sedangkan hubungan mereka sebelum ini agak rapat. Terang Sharol:-


Sebenarnya isu saya dengan Jep bukanlah besar sangat, tapi mungkin sengaja diperbesar besarkan oleh sesetengah pihak. Agaknya tekanan dalam persaingan MLM membuatkan kami jadi begini. Sebelumnya hubungan kami agak rapat.

Bagaimanapun penyertaan dalam MLM mengubah segala-galanya. Sebelum ini saya tak tahu cara kerja Jep. Begitu juga dia pun tak tahu cara kerja saya. Sewaktu bertanding dalam MLM saya lebih suka duduk diam-diam di belakang pentas untuk fokus kepada persembahan setiap minggu.

Cara Jep pula mungkin lain. Mungkin dari situlah tercetus isu perang dingin. Segelintir peminat turut terpengaruh. Apa pun saya taknak panjangkan perkara ini dan mahu selesaikan secepat mungkin.



Apa yang menariknya, rupanya Abg Kuch Bolona baru tahu yang Sharol dan Jep telah mengenali antara satu sama lain sejak ujibakat Raja Lawak musim ke 3. Ketika itu Sharol gagal manakala Jep berjaya. Kata Sharol lagi:-


Buat masa ini Jep memang enggan jumpa saya, tapi saya akan tetap berusaha untuk bertemunya. Di pihak saya memang bersedia kalau ada salah. Bayangkan saya kenal dia sejak uji bakat RL3 dan sayangkan hubungan ini.

Kami sama-sama cuba nasib tapi saya gagal. Apabila Sepah bertanding, saya adalah penyokong kuat mereka. Jadi saya memang mengharapkan segala-galanya pulih seperti sediakala dan berharap Jep positif untuk menyelesaikan perbalahan ini.

Abg Kuch Bolona – Insya Allah niat yang baik akan dipermudahkan. Lagipun Jep dan Sharol kedua-duanya sedang mencipta nama dalam dunia lawak tempatan. Tak cantik dan tak moleklah kalau bergaduh sebegini kan?

Sumber: BeautifulNara

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online