Pages

Tuesday, 4 March 2014

[HIBURAN] BERHENTI MENYANYI - MIZZ NINA TAK MENYESAL


Keputusan yang tidak berat atau membebankan fikiran. Sebagai wanita Islam, ia adalah pilihan yang baik untuk dirinya. Demikian kata Mizz Nina yang membuat keputusan untuk meninggalkan dunia nyanyian ketika berada dipuncak jaya.

"Saya buat keputusan ini bukan kerana mengikut kesesuaian imej semata-mata tetapi ia lebih melibatkan tentang kepercayaan saya terhadap Islam.



"Alhamdulillah, tidak berat sebenarnya membuat keputusan ini. Lagipun, dalam dunia seni, banyak lagi perkara yang boleh saya lakukan sebagai contoh membaca puisi atau melibatkan diri dalam pengacaraan," katanya.

Sehubungan itu, hasratnya untuk melancarkan album muzik pop terbaharunya dibatalkan. Katanya, dia bersyukur kerana langsung tidak berasa menyesal dengan keputusan yang dilakukan itu.



Selanjutnya sebagai ganti, Mizz Nina akan terjun ke bidang pengacaraan pula bagi mengacarakan sebuah program kanak-kanak berbentuk keagamaan.

"Saya tidak boleh beritahu lagi judul program tersebut kerana ia akan diberitahu pada majlis pelancarannya.

"Apa yang saya boleh katakan saya mengendalikan program tersebut dalam bahasa Inggeris dan ia lebih memaparkan mengenai akademik kanak-kanak," tambahnya.



Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan akan menghentikan pengeluaran pakaian di bawah jenama miliknya iaitu Mizz Demeanor dan hanya akan fokus kepada jenama pakaian muslimah iaitu Madeena.

"Apa yang saya lihat, sejak menubuhkan Madeena, para peminat lebih teruja dengan rekaan terbaharu jenama ini berbanding Mizz Demeanor.

"Kerana itu saya membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan pakaian di bawah label Mizz Demeanor. Lagipun menerusi Madeena, saya dapat mengembangkan label ini dengan pengeluaran pelbagai produk halal," ujarnya dipetik sebagai berkata kepada MStar Online.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online