SHAH ALAM - Media Vietnam melaporkan tentera laut negara itu mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan.
Akhbar Tuoi Tre memetik Laksamana Ngo Van Phat sebagai berkata, kapal terbang yang membawa 227 penumpang itu terhempas di laut 153 batu nautika dari kepulauan Phu Quoc.
Penerbangan MAS setakat ini belum mengesahkan laporan media Vietnam itu tetapi berkata, ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Vietnam dalam operasi mencari dan menyelamat.
Penerbangan MH370 Kuala Lumpur-Beijing yang berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ketika berada di ruang angkasa Malaysia-Vietnam.
Pesawat B777-200 itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
sumber:sinarharian
0 comments:
Post a Comment