PETALING JAYA: Pelakon sensasi Rozita Che Wan mengesahkan beliau sedang hamil setelah memuatnaik sekeping gambar alat ujian kehamilan yang jelas menunjukkan tanda 'positif', di laman Instagramnya.
"Alhamdullillah...syukur dengan nikmat mu Ya Allah...amin"
Pengesahan itu akhirnya menjawab teka-teki suaminya yang juga seorang pelakon, Zain Saidin, 30, sebelum ini yang mengesyakki isterinya itu hamil.
Zain sebelum ini berkata sekiranya benar Rozita mengandung, ia adalah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah diterimanya.
"Jeng..jeng..jeng.. Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada 'orang baru' akan sertai kami sekeluarga atau tidak.
"Tetapi jika benar, kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri," ujarnya sebelum ini.
Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam.
Rozita juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.
sumber antarapos
0 comments:
Post a Comment