Pages

Friday 7 February 2014

[GEMPAQ] Wanita Ini Mendakwa Melahirkan Seekor Buaya, mengemparkan INDONESIA

Wanita Ini Mendakwa Melahirkan Seekor Buaya | Memang sukar diterima apabila difahamkan terdapat seorang wanita mendakwa dirinya telah melahirkan seekor buaya. Kelahiran itu berlaku sewaktu dirinya sedang melahirkan seorang bayi, kemudian keluar sebiji telur berwana putih. Justeru selepas itu, telur itu didapati pecah dan keluarlah seekor anak buaya. Ekoran daripada peristiwa itu, wanita ini telah menjadi perhatian di kawasan tempat tinggalnya.



Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.

Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu. Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan. Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.

Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya. Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online