Pages

Monday 3 February 2014

[ISLAM] Rahsia Masjid Nabi Yang Dirahsiakan

Gempar! Rahsia Masjid Nabi Yang Dirahsiakan | Mungkin ada di antara kita masih lagi belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Masjidil Haram. Antara tempat yang perlu dikunjungi adalah masjid Nabawi. Namun begitu, amat malang umat Islam hari ini apabila tidak lagi mengambil berat walaupun masjid yang amat dikasihi oleh Nabi SAW itu sendiri, iaitu Masjid an-Nabawi.  difahamkan terdapat beberapa sudut dalam masjid ini telah dirahsiakan dari paparan umum. Apakah umat Islam lalai atau ia sengaja disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu?
masjid1
Umat Islam kini lebih mengambil tahu apakah Rahsia Da Vinci Code daripada mengambil pengajaran yang telah terpahat di tempat-temapt suci Islam terutama di Mekah dan Madinah. Da Vinci Code adalah cerita dongeng kisah Nabi Isa a.s yang direka oleh yahudi bagi memesongkan manusia tetapi segala tulisan yang terdapat disekeliling masjid an-Nabawi dan juga Masjidil Haram adalah bertujuan untuk memberi pengajaran kepada umat Islam. Tetapi kenapakah tiada usaha untuk memeliharanya, seperti di Masjid an-Nabawi sendiri banyak tulisan-tulisan itu sengaja di cat supaya tidak kelihatan dan banyak pula telah ditutup samasekali supaya tidak kelihatan, apakah rahsianya?
Janganlah ditanya tentang ayat-ayat yang terdapat di Masjidil Haram Mekah, semuanya telah hancur menjadi debu. Mereka menganggap pembangunan yang tersergam indahlah yang menawan berbanding ayat-ayat peringatan dan puisi-puisi yang memuji dan mengagungkan Allah yang dilahirkan dengan penuh tawadhuk oleh alim ulamak terdahulu dan diabadikan bagi penghayatan umat Islam yang kemudian. Itulah harapan oleh ulamak yang mulia yang hampir dengan zaman nabi terhadap umat Islam akhir zaman, tetapi sayangnya semua itu tidak dihargai oleh kita umat Islam.

Nabatean-Inscription
Tidak seperti peninggalan Nabi s.a.w di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, peninggalan kaum Thamud di Madain Saleh mendapat penjagaan rapi oleh pihak berkuasa Saudi (http://saudi-archaeology.com)
masjid3
Tulisan piramid dipelihara dengan rapi tapi peninggalan Nabi s.a.w diabaikan
Umat Islam lebih mengkagumi Piramid dan berusaha memelihara sebaik mungkin tulisan-tulisan yang dibuat oleh Firaun kerana kononnya untuk mencari rahsia Piramid, padahal tulisan-tulisan tersebut hanyalah memuja Firaun yang di anggap tuhan oleh mereka seperti telah di terangkan dalam banyak ayat quran. Amat hairan kenapa langkah yang sedemikian tidak diambil terhadap segala peninggalan Rasulullah bukan setakat tempat tinggal Rasulullah tetapi tempat baginda bertahajjud dalam masjid nabi pun disembunyikan.
masjid4
Tulisan didinding timur makam dihapuskan – dalam petak merah
masjid5
Tulisan didinding sebelah dinding barat juga dihapuskan
masjid6
Tulisan khat asal telah ditutup dengan bingkai besi
masjid7

Tulisan asal sebelum diletakkan bingkai berada dibelakang tirai
masjid8
Kotak bertanda hijau dalam gambar diatas merupakan tempat yang paling disukai oleh baginda Nabi s.a.w mengerjakan solat tahajjud. Tetapi pihak berkuasa Saudi telah menutupnya Mehrab Tahajjud ini dengan rak-rak buku. Timbul persoalan apakah tujuan menyembunyikan tempat yang mempunyai nilai yang tinggi untuk umat Islam dalam menghayati perjalanan hidup Rasulullah s.a.w.

masjid9
Inilah Mehrab Tahajjud yang asal sebelum ditutup oleh pihak berkuasa Saudi
masjid10
Mehrab Tahajjud ditutupi dengan rak buku

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online