Pages

Wednesday 5 February 2014

[INFO] 10Negara Paling Bersih di Dunia

Semua orang pasti sukakan kebersihan, hanya mereka yang kurang waras sahaja sukakan sesuatu yang kotor. Tempat yang bersih dan cantik juga merupakan pilihan utama untuk dijadikan tempat perlancongan. Berikut adalah 10 negara paling bersih di dunia dan mungkin sesuai dijadikan tempat untuk bercuti..

10) Colombia

columbia

EPI score: 76.8
Pendapatan per capita: $7,600
Populasi: 44 Juta

Ini merupakan negara termiskin yang tersenarai dalam top 10. Mungkin kerana kurang pembangunan maka banyak lagi alam sekitar yang terpelihara dan menyebabkan Columbia menjadi negara yang bersih.

9) Cuba

cuba

EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $8,500
Populasi: 11.3 Juta

Walaupun Cuba merupakan negra fahaman komunis, namun ia berjaya membuktikan bahawa ia bukan satu penghalang untuk menjadi negara yang bersih.. hohoo

8) Austria


austria

EPI score: 78.1
Pendapatan per capita: $35,000
Populasi: 8.3 Juta

Austria memang terkenal dengan negara yang cantik, dan sila jangan keliru Austria dengan Australia ye.. hoho kedua-duanya adalah negara yang berbeza

7) France



france

EPI score: 78.2
Pendapatan per capita: $31,000
Populasi: 62 Juta

France merupakan negara yang paling ramai populasi dalam senarai Top 10 ini tetapi ia tidak menghalangnya utnuk menjadi negara yang bersih. Dipercayai, kualiti udara dan air di France sangat tinggi.. hmm

6) Mauritius



Mauritius

EPI score: 80.6
Pendapatan per capita: $10,000
Populasi: 1.3 Juta

Mauritius adalah satu kelpulauan kecil di lautan India, mungkin kerana tempatnya yang agak terpencil menyebabkan populasinya sangat rendah. Tetapi ia juga merupakan tarikan pelancong yang inginkan udara segar dan bersih serta tempat yang sunyi dan bersih

5) Norway



Norway

EPI score: 81.1
Pendapatan per capita: $48,000
Populasi: 4.7 Juta

hohoho aku tak tau nak tulis apa pasal norway ni.. tapi apa yang aku boleh katakan, ia antara negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang sangat tinggi tapi masih boleh mengekalkan kebersihan.. bravo

4) Sweden



Sweden

EPI score: 86
Pendapatan per capita: $33,400
Populasi: 9.1 Juta

Agak jauh beza antara negara di tangga ke 5 dan ke 4. Sweeden sentiasa mengekalkan kehijauan di negara itu dan sering berlawan dengan negara sekeliling untuk menjadi negara yang paling hijau

3) Costa Rica



Costa Rica

EPI score: 86.4
Pendapatan per capita: $9,600
Populasi: 4.5 Juta

Negara yang sedang miskin dan sedang membangun ini berada di tangga ke 3. Dengan kekayaan hasil bumi yang pelbagai dan banyak hutan yang terjaga mampu menjadikan Costa Rica negara yang bersih dan cantik

2) Switzerland


Switzerland

EPI score: 89.1
Pendapatan per capita: $37,000
Populasi: 7.6 Juta

Switzerland merupakan negara yang mempunyai tinggi scorenya dalam kualiti air, diodiversiti dan sebagainya. Tetapi sama seperti negara maju yang lain, tahap udaranya agak kurang sedikit.. sikit je kurang

1) Iceland


Iceland

EPI score: 93.5
Pendapatan per capita: $36,000
Populasi: 311,000

Hohoho Iceland merupakan negara yang paling bersih di dunia.. mungkinkah sebab populasinya sedikit dan kurang manusia yang tak bertanggungjawab untuk mencemarkan negara itu? hahaha
Malaysia? tempat ke 54


the eye on Malaysia

EPI score: 65.0
Pendapatan per capita: $12,205
Populasi: 26,549,500

Tak lengkap la senarai kalau aku tak letakkan negara kita Malaysia sendiri. Tangga ke 54 adakah ianya sesuatu yang patut dibanggakan? Itu anda nilai sendiri.. dan jika anda yang merupakan golongan mereka yang memeang tak tau macam mana nak jaga kebersihan, buang sampah merata-rata, lakukan pembakaran terbuka dan sebagainya. Sila jangan bising-bising dengan score EPI Malaysia ini.

p/s: EPI adalah singkata kepada Environmental Performance Index dan kesemua ini adalah index terbaru pada tahun 2010 yang diambil daripada penyelidik di Yale

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

online